Jangan Takut Untuk Menangis, Air Mata Anda Itu Terapi Mudah Untuk Cuci Mata Malah Lapangkan Dada.

Oleh: Zuzu Yasmine

Waktu gembira, akan ada air mata gembira yang mengalir, bila sedih, air mata tagisan akan mengalir begitu juga dengan kecewa ataupun terlalu suka. Air mata ini boleh mengalir dengan pelbagai cara. Kadang kala bukan hanya melibatkan perasaan sahaja tetapi ia juga boleh melibatkan perasaan juga.

Sebagai contoh, apabila anda tonton drama sedih. Tak mustahil kalau anda juga akan turut menangis kerana kesedihan drama yang anda tonton itu. Selalunya wanita akan dikaitkan dengan suka menangis ini, lelaki susah benar nak jatuhkan air mata mereka itu bukan?


Tahukah anda, menangis juga dikatakan sangat bagus untuk kesihatan. Bahkan menangis ini ibarat terapi mudah untuk meredakan diri sendiri.

Sebenarnya, menangis juga boleh membuat kita menjadi lebih tenang bila mengeluarkan semua masalah yang terpendam lama di hati dengan menangis jika tiada sesiapa tempat untuk berkongsi. Pada masa yang sama menangis juga boleh dijadikan sebagai cara mudah untuk mencuci mata kita.

Ingin tahu apa juga kebaikan disebalik menangis? Jom baca ini.



1. Mampu mengurangkan tekanan

Mungkin ada diantara individu di luar sana yang terlalu fokus dengan pelajaran sehingga menyebabkan mereka sedikit rasa tertekan dan terganggu untuk mendapatkan skor yang lebih cemerlang dan sanggup mengabaikan tentang kesihatan diri mereka. Bila anda rasakan benda itu terlalu berat untuk ditanggung sehingga membuat anda rasa tidak kuar=t untuk menahannya, sudah pasti airmata akan keluar tanpa anda sedar dan kesusahan itu seakan hilang untuk seketika.

2. Merawat masalah mata kering

Dalam tubuh badan manusia telah mengandungi sebanyak 70% Air and Course pada setiap bahagian badan dengan peratusan air tersendiri. Bahagian mata kita juga turut mengandungi air. Airmata juga berfungsi sebagai pembersih mata dengan berkesandan selamat.

3. Membunuh bakteria di mata

Tahukah nada, airmata juga mengandungi Lysozyme yang berkesan untuk emmbunuh segala bakteria sebanyak 59%. Cara pembunuhannya pula dengan menghancurkan segala sel bakteria. Bakteria juga boleh dikeluarkan dengan airmata semasa anda menangis.



4. Merawat mata dengan percuma

Melakukan rawatan mata yang percuma dengan menangis. Airmata boleh memberikan kelembapan pada mata serta mampu mencegah mata kering dan selaput mata. Pada masa yang sama, ia mampu mengeluarkan segala kekotoran yang terperangkap yang berada di celahan bola mata.

Sudah jelas dengan segala penjelasan yang baik disebalik menangis. Tapi janganlah anda terus menangis tanpa henti, nanti lain pula yang jadi sehingga memudaratkan kesihatan. Sekali-sekala boleh lah jangan pula hari-hari ye?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen