Jangan Terkejut, Lelaki Yang Memakai Seluar Terlalu Ketat Boleh Jadi Masalah Kesuburan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Zaman sekarang ini, masing-masing berlumba untuk bergaya dan berfesyen. Kalau boleh tak ada seorang pun nak mahu ketinggalan zaman, walaupun dari segi penampilan. Dari gaya hipster, retro dan macam-macam lagi sememangnya menjadi ikutan. Baik tua dah muda, semuanya tidak mahu ketinggalan dengan fesyen-fesyen terkini.

Bergaya-bergaya juga, jangan lupa sampai ia menjejaskan kesihatan diri anda. Nak-nak lagi kesihatan kesuburan anda. Selalunya, bila bercakap pasal masalah kesuburan sahaja tentu akan lihat isteri atau orang perempuan yang salah, sedang orang lelaki pun ada masalah kesuburan juga.


Haaa, tahu tak seluar yang ketat ini akan memberi kesan kepada masalah kesuburan anda?

Lelaki & kesuburan

Berdasarkan satu kajian, menunjukkan bahawa ia juga sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki. Menurut Pakar Perunding Kanan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Datuk Dr Zainul Rashid Mohd Razi, tahap kesuburan lelaki secara puratanya menunjukkan penurunan yang agak ketara.

Beliau turut menyatakan bahawa punca ini berlaku adalah disebabkan oleh gaya hidup semasa yang semakin berubah termasuklah bab pemakanan yang tidak sihat dan pemakaian seluar yang terlalu ketat.

Mengapa seluar ketat boleh buat lelaki kurang subur?

Laman sesawang Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS) pula menyatakan bahawa pemakaian seluar slim fit boleh mengakibatkan suhu testis meningkat sehingga 1 darjah celsius. Jadi, ia mungkin merupakan salah satu daripada punca lelaki menjadi kurang subur.

Kenyataan ini turut disokong oleh Dato’ Dr. Hamid Arshad melalui laman sosial Facebook miliknya. Beliau menyatakan bahawa pemakaiannya seluar yang terlalu ketat akan menyebabkan testis melekat dan terperap lalu menyebabkan suhunya menjadi panas.

Jadi, beliau menyarankan lelaki untuk tidak memakai seluar slim fit untuk mengelakkan perkara ini menjadi lebih teruk. Selain itu, Dr. Hamid turut mencadangkan untuk lelaki menyejukkan testis mereka menggunakan pek ais dilakukan setiap kali sebelum bersama isteri.

Sebenarnya, pemakaian seluar yang terlalu ketat mungkin merupakan salah satu daripada punca ketidaksuburan lelaki. Pun begitu, ia tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana terdapat banyak lagi punca lain seperti pemakanan, kecacatan genetik, kekurangan hormon testosteron dan beberapa kondisi kesihatan yang lain.

Kesimpulannya, seluar yang mempunyai cutting slim fit mungkin akan membuat anda nampak lebih trendy. Namun, masih ada risikonya. Jadi, tidak salah untuk bergaya hipster ala-ala Wak Doyok, cuma elakkan daripada memakai seluar slim fit ni tau!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen