Kena Kurus Sebelum Kahwin, Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Kurus Sebelum Hari Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Diet sebelum tiba majlis kahwin ini bukanlah satu perkara yang luar biasa lagi, rata-rata bakal pengantin akan mula berdiet setahun lebih awal sebelum tarikh perkahwinan mereka. Ini kerana, mereka mahukan berat badan yang ideal secara tidak langsung tampil lebih menawan pada hari bahagia mereka.

Namun begitu, ada juga yang tidak mahu berdiet dan terima sahaja berat badan yang sedia ada. Mereka yang seperti ini ada, tetapi tidak ramai. Jadinya, kenapa miliki badan yang ideal sebelum tiba majlis kahwin ini tersangatlah penting?


Walaupun kadang kala ada bakal pengantin yang tidak berjaya turutkan berat badan mereka, tetapi ini sebab mengapa anda perlu berdiet sebelum hari bahagia.



1. Nak jadi perhatian tetamu, kalau kurus lebih confident.

Jangan tak percaya, ada sahaja mereka yang memiliki badan yang agak berisi tidak yakin walaupun pada hari bahagia mereka. Bagi mereka, rasa malu dan juga takut menjadi buah mulut orang membuatkan mereka ini rasa macam tak percaya diri.

Sebab itulah, digalakkan untuk diet walaupun kesannya sedikit atau tidak berjaya, sekurang-kurangnya anda telah cuba untuk pulihkan keyakinan anda. Sebabnya nak tampil depan orang ramai ini bukan perkara yang mudah lainlah jika anda seorang yang confident level yang tinggi.

2. Ramai yang ambil gambar sebagai kenangan, begitu juga anda sendiri.

Ada mereka yang upah jurugambar yang profesional malah ada juga rakan-rakan atau tetamu yang ambil gambar sebagai kenang-kenangan, jadinya kalau anda lain sedikit tentu sahaja gambar tersebut tidak jemu untuk dipandang selepas kahwin.

Bukan itu sahaja, aksi yang sweet serta romantik juga boleh anda lakukan. Alah, macam pasangan dokong anda atau anda dokong pasangan. Bukan ke semua pengantin baru sukakan aksi seperti itu?



3. Kalau kurus masa kahwin, lepas bersalin berisi sikit tak mengapa.

Biasanya buat wanita, selepas bersalin tentu sahaja berat badan akan bertambah. Jadinya kalau masa kahwin anda sudah ada masa kurus, bolehlah anda jadikan ia sebagai satu kenangan dan saat untuk rasa kembali berat badan idaman anda. Bukan itu sahaja, anda kalau dah ada anak dua tiga tak apa kalau nak berisi sikit.

4. Nak tempah baju kahwin yang baru kadang kala perlukan bayaran yang lebih.

Sebenarnya, nak tempah baju perkahwinan yang saiz agak besar biasanya perlukan bayaran yang lebih. Di mana, biasanya anda disarankan untuk memilih baju yang baru kerana saiz anda. Jadinya tentu banyak wang yang perlu dibelanjakan untuk perkara ini.

Tak salah untuk berbadan besar tetapi tak salah juga kalau anda cuba berdiet. Hari bahagia ini cuma sekali sahaja seumur hidup, jadi rugi kalau anda tak banyak kenangan yang betul-betul mengimbau selepas lama kahwin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen