Dah Ada Pasangan Pun Masih Nak Try Perempuan, Ini 6 Sebab Kenapa Lelaki Suka Mengorat Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kesetiaan kadang kala diuji dengan pelbagai cara. Sama ada anda membuka ruang kehadiran pihak ketiga, ataupun pasangan anda mencari ruang untuk membawa masuk pihak ketiga. Seperti yang kita semua tahu, kehadiran pihak ketiga ini bukannya membawa kebahagiaan akan tetapi hanya membuat hubungan semakin jauh dan renggang.

Orang kata, lelaki ini bila dah kahwin pun sifat suka mengorat wanita lain ini masih ada dan tak akan hilang. Makin tua makin miang, itulah yang selalu digunakan pada lelaki yang suka mengayat wanita lain ini. Sikap seperti ini tidak bagus dalam hubungan, tetapi kenapa orang lelaki terus menerus melakukannya?


Ini adalah beberapa sebab mengapa lelaki dah ada isteri pun masih suka mengorat perempuan.

1. Sahaja nak test power.

Orang lelaki ini memang suka test power mereka, nak-nak lagi depan rakan-rakannya. Tentu sahaja dia nak tunjuk dia masih hebat dalam mengorat awek ini. Bukan itu sahaja, dia pun sengaja lakukan itu sebab nak tunjuk dia ini masih ada orang nak dekat ke tidak.



2. Suka-suka je.

Kadang tak ada motif yang jelas pun, dia buat hanya sekadar suka-suka. Akan tetapi suka-sukanya itu membuka hatinya untuk menerima orang ketiga itu. Aduh! Ini yang mengeruhkan hubungan bukan suka-suka lagi tapi sengaja cari pasal. Tak macam itu kaum wanita?

3. Nak uji pasangan.

Mula-mula nak uji cemburu pasangan, konon nak tahu lah pasangan dia itu sayang ke tak dengan dia. Ini bukan nak uji, tapi ini memang sengaja cari nahas. Banyak lagi perkara lain yang boleh digunakan untuk menguji pasangan, kenapa pilih nak mengorat wanita lain.



4. Rasa diri masih menarik.

Bila isteri jaga dia elok, dan kemas mulalah dia rasa dia masih menarik. Tak pun, bila isteri tak macam mula-mula dia jumpa dulu dan dia pula macam masih muda, mula rasa macam diri boleh pergi jauh sahaja. Sedangkan, yang mendekati mereka ini bukan serius pun nakkan mereka ini.



5. Rasa mereka ini mampu.

Ada juga yang merasakan mereka ini mampu untuk berlaku adil serta membahagikan kasih sayang kepada kedua pasangan mereka ini. Lelaki seperti ini biasanya memang merancang nak berpoligami, tetapi niatnya tidak dijelaskan kepada isterinya. Takut isterinya akan menggamuk.

6. Rasa kurang keyakinan.

Kadang rasa kurang yakin juga membuatkan lelaki cuba mengorat wanita. Di mana, dia ingin merasakan adakah dirinya ini laku ataupun pasangannya sahaja yang menginginkan dirinya. Kalau dia tahu dia laku, tentu sahaja dia boleh jual mahal dekat pasangannya.

Akan tetapi, semua ini tak perlu sebenarnya kalau dia tahu sayang akan hubungan dan pasangannya. Ini kerana, semua perkara ini hanya akan mengubah hubungan yang bahagia menjadi renggang. Tapi orang lelaki selalunya nak main-main je tapi boleh pulak tersuka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen