Berdebar Menunggu Saat 'Taaruf', Ini Langkah Yang Perlu Anda Ambil.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah terlalu berkenalan di media sosial, laman cari jodoh ataupun anda sendiri telah merisik si gadis, tentu sahaja anda mahu melihat wajahnya dan berjumpa dengannya untuk kenal dengan lebih lanjut. Boleh jadi kalian akan lakukan satu temu janji untuk berjumpa dan kenal calon pilihan dengan lebih dekat.

Biasanya dalam keadaan ini, terasa begitu janggal, kekok, tak tahu nak bualkan apa atau lakukan apa, semuanya rasa bagaikan begitu lama sekali. Itu adalah perkara biasa yang akan anda rasai saat pertama kali bersua muka. Tapi tak akan nak biarkan masa berlalu begitu sahaja, tentu anda perlu rebut peluang ini untuk kenali lebih lagi dirinya.


Ini tips yang bakal membantu anda sebelum dan semasa taaruf.



1. Buat ulang kaji mengenai diri bakal pasangan anda.

Sebelum berjumpa dengan dirinya, ulang kaji balik tentang calon pilihan anda itu. Cari tahu apa yang dia suka dan apa yang tidak suka. Cari tahu semula topik perbualan yang dirinya sukai dan selesa. Jangan pula untuk kaji balik personaliti serta latar belakang keluarganya. Mana tahu semua perkara yang kalian bualkan sebelum ini akan berguna saat pertemuan pertama ini.

2. Minta ruang privasi.

Jika anda membawa keluarga, atau rakan sebagai teman anda, minta untuk mereka ini beri anda ruang yang lebih privasi agar anda dan juga dirinya lebih selesa untuk berbual. Kalau boleh jangan biarkan peneman anda mendengar pebualan anda, tentu kalian akan malu nanti. Nak-nak lagi dengan rasa kekok pulak, mestilah privasi lebih selesa.



3. Kenali lebih pasangan anda.

Pada masa ini juga, jangan hanya kongsi mengenai diri anda sahaja. Akan tetapi, cuba untuk rebut peluang ini untuk kenal pasangan anda dengan lebih dekat lagi. Di mana, cuba untuk bertanya mengenai pasangan pilihannya, ciri-ciri yang dia mahukan secara spontan dan berdepan. Tentu ia lebih jujur dan juga segala kenyataan itu datang dari hati. Bukan ke itu lebih menyakinkan diri anda.



4. Tanya dirinya mengenai persediaan perkahwinan.

Tak lupa juga niat sebenar anda, dia mana cuba untuk bertanya akan persediaan perkahwinan dirinya. Yang mana apa yang telah dia lakukan serta niat tujuan sebenar perkahwinan buat dirinya. Perkara ini juga penting pada ketika ini kerana kalian akan memilih dia sebagai pasangan hidup kalian. Bahkan pertanyaan ini penting saat perjumpaan berdua.

5. Restu ibu bapa.

Apabila anda memilih dia dan dia juga telah memilih anda, jangan lupa untuk berjumpa dengan keluarga masing-masing untuk dapatkan restu dari mereka pula. Kalau dia itu adalah pilihan keluarga anda, maka tinggal beri kata putus sahaja. Akan tetapi jika sebaliknya maka dapatkan pula pendapat dari keluarga masing-masing.

Sesi taaruf ini mudah sahaja tapi kadang kala rasa malu dan juga kekok itu yang membuatkan seseorang takut untuk bertaaruf. Buat anda yang bakal bertaaruf, semoga berjaya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen