Bila Extrovert Jatuh Cinta, Memang Sweet Habis. Patutlah Menjadi Pilihan Ramai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang extrovert ini mempunyai sikap yang mudah ‘masuk’ dengan sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja, mereka ini juga mudah untuk berbual dan selesa dengan sesiapa walaupun baru sahaja berkenalan dengan orang tersebut. Mereka juga terkenal dengan seorang yang gembira dan mudah menghiburkan orang lain. Sudah tentu akan bahagia dengan mereka seperti ini bukan?

Ramai orang yang lebih memilih untuk memiliki pasangan seperti ini kerana merasakan ia mudah selesa dan juga mudah untuk dikenali kerana sikapnya itu. Namun begitu, kadang kala sikap mereka ini juga boleh menimbulkan rasa ragu-rahu pada diri anda.


Bercinta dengan mereka ini sangat menyeronokkan malah mereka ini juga dikatakan seorang yang sweet dan menyenangkan hati. Bagaimana orang extrovert bercinta sebenarnya?



1. Lebih mudah untuk terbuka.

Walaupun kita tahu bahawa mereka ini seorang yang peramah, mereka ini juga lebih terbuka orangnya. Di mana, dia lebih mudah meluahkan apa yang merasa rasa seperti kalau suka terus katakan suka. Tidak ada selindung atau berteka teki yang sememangnya berlainan dengan mereka yang introvert ini. Sikap terbuka ini lebih disenangi hingga memudahkan orang untuk memahaminya.

2. Suka berikan lawak yang spontan.

Apa yang seronok sebenarnya dengan mereka ini adalah lawak yang sememangnya tidak kering gusi. Lawak yang spontan ini sememangnya satu yang menyenangkan dan menghiburkan sesiapa sahaja. Sebab itulah, jika anda si gadis mudah terpikat dengan lelaki yang mempunyai sikap seperti ini. Sepanjang hubungan memang penuh gelak ketawa.



3. Sentiasa cuba membuat anda selesa.

Walaupun sikapnya terbuka dan kadang kala bukan seorang yang serius tapi mereka ini sentiasa ingin membuatkan anda rasa selesa. Rasa selesa ini yang membuatkan setiap pasangannya mudah terasa senang dengan dirinya. Rasa kekok biasanya membuatkan anda tidak tahu nak lakukan apa, tapi dengan kehadiran dirinya selalu memudahkan segalanya.



4. Suka beri kejutan.

Kalau dapat pasangan yang suka berikan kejutan siapa yang tidak suka bukan. Nak-nak lagi kalau wanita, lelaki seperti ini lah yang akan disukai dan disenangi. Sebab itulah lelaki extrovert ini lebih mudah menjalinkan satu hubungan, kerana sikapnya yang penuh dengan kejutan itu membuatkan wanita suka akan dirinya.

5. Sentiasa ingin cuba dekat dengan anda.

Tidak kenal erti putus asa membuatkan mereka ini lebih senang untuk diterima. Ini kerana, bila anda menjauh atau merajuk dia selalu cuba untuk mendekati anda. Sikap dirinya yang selalu berusaha untuk dekat dengan anda ini sebenarnya menyenangkan anda.

Tapi apa-apa pun, setiap orang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Extrovert ini memang pandai ambil hati dan suaikan diri mereka. Sebab itulah mereka ini disenangi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen