Berbohong Untuk Menjaga Hati Pasangan, Lama-Lama Jadi Tabiat Yang Susah Terhapus.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang menipu pasangannya kerana dia ingin menjaga hati pasangan. Tak nak hati pasangan terluka atau kecewa dengan sesuatu perkara. Akan tetapi, tindakan ini bukanlah satu tindakan yang tepat kerana, apabila anda mula menipu anda akan terus menipu.

Nak-nak lagi kalau anda menipu isteri atau suami anda. Sehari dua nanti akan kantoi lah penipuan anda itu. Tak semua penipuan akan kekal selamat selamanya, mungkin hari ini anda terlepas esok lusa boleh jadi akan terbongkar. Maka dengan itu, jangan belajar menipu pasangan nanti lama-lama jadi tabiat pula.


Banyak keburukan sebenarnya menipu pasangan ini. Jangan padang sudut nak jaga hati pasangan je, padang juga keburukan yang bakal berlaku apabila kantoi penipuan anda itu.



1. Tak selesaikan masalah.

Walau apa pun sebab anda menipu pasangan anda, tapi ia sebenarnya tidak menyelesaikan masalah tersebut. Bahkan, ia menjadi masalah tersebut semakin besar dan berkait. Ini kerana, apabila anda menipu demi kebaikan hubungan anda, sebenarnya anda sedang lari dari masalah yang telah terbina. Jadi bila nak selesai kalau anda gunakan penipuan untuk selesaikan masalah tersebut.

2. Makin banyak penipuan yang dilakukan.

Mula-mula mungkin anda menipu satu atau dua kali untuk perkara yang kecil. Akan tetapi, bila pasangan mula merasakan sesuatu atau kantoi, boleh jadi anda akan melakukan penipuan lagi untuk beri alasan yang munasabah atau cuba selamatkan diri anda. Akhirnya, penipuan yang sekali sahaja anda ingin lakukan boleh jadi berulang kali atas sebab anda tidak jujur dengan pasangan anda sendiri.



3. Jujur lebih mudah walaupun menyakitkan.

Adalah lebik baik kalau anda berlaku jujur sahaja dengan pasangan anda. Walaupun awalnya ia mungkin menyakitkan dan melukakan hatinya, tapi lama ke lamaan dia akan sembuh dan terima apa yang anda katakan itu. Itu adalah lebih baik dari anda sembunyikan dan menipu dirinya.

4. Hilang kepercayaan.

Apa yang sebenarnya paling menakutkan adalah, anda akan hilang kepercayaan pasangan anda apabila anda menipu ini. Mana tidaknya, apabila penipuan itu diketahui, ia akan memberi kesan di hatinya, secara tidak langsung akan kekal diingatan serta membuatnya sentiasa ingin berjaga-jaga dengan sikap anda. Bukan ke itu akan menjadi duri dalam hubungan? Ini kerana, saling percaya antara satu sama lain dalam hubungan adalah perkara yang sangat penting dan utama.

Jangan ambil mudah akan penipuan yang telah anda lakukan, ia mungkin bermula dengan ingin menjaga hati pasangan. Akan tetapi ia akan menjadi satu tabiat yang anda tak akan tinggalkan kerana terlalu selesa akan perkara itu dan sentiasa menipu ini selamatkan diri anda dan hubungan tapi sebenarnya sebaliknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen