Kadang Memilih Bukan Sebab Nak Yang Kaya Atau Lawa, Tapi Nak Boleh Bawa Ke Hari Tua. Itu Kena Pilih Betul-Betul.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang berhak untuk memilih siapa pasangan hidup mereka ini. Jual mahal atau terlalu memilih itu semua bergantung kepada individu tersebut, tetapi jangan sesekali kita menghakimi mereka dengan beranggapan bahawa mereka ini terlalu memilih akan pasangan hidup.

Ada yang beranggapan memilih pasangan ini berdasarkan kekayaan, pangkat, paras rupa ataupun kerjayanya. Itu semua adalah bonus sebenarnya, bukan satu perkara yang dikejar sangat oleh orang. Tapi bila seseorang yang belum terima jodoh tentu akan dikaitkan dengan perkara sebegini.

Mungkin mereka ini ada sebab yang tersendiri mengapa mereka ini memilih. Bukan ke itu hak setiap orang?


Ada orang yang beranggapan “jangan terlalu memilih, masa muda inilah kena kahwin awal. Bila rasa macam tak serasi atau tiada sefahaman boleh berpisah dan kahwin lain selepas itu”.



Berdasarkan pendapat peribadi, setiap orang berhak untuk membuat pilihan dan memilih. Berkahwin lambat atau cepat itu semua adalah diluar bidang kita sebagai manusia. Ini kerana, setiap jodoh itu akan hadir pada waktu yang tepat seperti yang telah tertulis oleh Allah.

Banyak sebab mengapa perlu memilih pasangan hidup ini.

Apa yang boleh dilihat ramai yang ingin berkahwin sekali seumur hidup dan setia hingga ke hari tua bersama pasangan yang sama. Itu sebab mereka berhati-hati dalam memilih, bukan asal ada pasangan sahaja.



Mereka juga tidak mahu menanggung risiko dengan memilih pasangan yang salah. Sebagai contoh, menjadi mangsa penderaan rumahtangga, kecurangan, penipuan serta macam-macam lagi. Kalau tersalah pilih pasangan ini mungkin mendatangkan trauma pada diri sendiri.

Jodoh yang tepat sebenarnya belum sampai, itu yang membuatkan seseorang itu kelihatan memilih walaupun pada hakikatnya tidak. Apabila jodoh yang tepat itu telah tiba, tentu tiada alasan lagi untuk memilih kerana yakin dia lah jodoh yang dinanti.



Kalau boleh nak yang direstu keluarga antara sebab mengapa orang bujang menjadi sedikit memilih. Ini kerana, restu ibu bapa itu adalah penting. Ini kalau diri sendiri sahaja yang suka dan syok dekat pasangan tapi tak dapat restu dari ibu bapa pun tak guna juga.

Jadinya, tak salah pun nak memilih pasangan atau apa-apa sekali pun. Ini kerana, kita berhak untuk memastikan hidup kita lebih baik atau sebaliknya. Jadi bukan memilih tetapi berhati-hati, itu yang lebih sesuai sebenarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen