Masa Bincang Pasal Nak Kahwin, Jangan Lupa Bincang Juga 6 Perkara Ini Dengan Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila tiba-tiba seseorang mengajak anda untuk berkahwin, tentu rasanya sedikit teruja dan juga bahagia. Mana tidanya, selama ini anda harapkan seseorang yang ikhlas dengan anda, kini dirinya telah hadir untuk membahagiakan anda. Bukan itu sahaja, tanpa paksaan dia dengan rela hati ingin menghalalkan hubungan anda, tentu ini satu perkara yang mengembirakan anda.

Dalam rancak membincangkan bila nak adakan majlis merisik, pertunangan, serta tarikh kahwin. Ada beberapa perkara lain juga yang perlu anda bincang dengan pasangan anda. Apabila berlakunya perbincangan yang lancar serta persetujuan yang sama, maka rumahtangga yang akan dihadapi akan lebih bersedia.


Bukan perkara yang penting pun, tapi lebih baik bersedia sebelum menjadi perbalahan dikemudian hari. Jadi apa yang perlu kalian bincangan sebelum kahwin adalah...



1. Bagaimana dengan pembahagian kerja rumah.

Sekarang ini ramai suami atau isteri yang menolak kerja rumah. Ada yang kata ini semua tugas suami, ada pula kata ini tugas isteri. Jadi demi elakkan perkara seperti ini, bincang awal siapa yang akan melakukan tugas ini. Akan tetapi lebih elok kalau sama-sama ingin berkongsi tugas ini. Barulah nampak sebagai satu team pasukan yang baik.

2. Isteri suri rumah atau berkerja?

Ada suami yang sukakan isterinya duduk di rumah menjadi suri rumah. Di mana, apabila dia pulang kerja layanan terjamin malah rumah teratur. Tapi ada juga yang sukakan isteri berkerja, mambantu menguruskan kewangan malah nampak bergaya apabila nak pergi kerja. Haaa... ini bakal isteri kena tahu bakal suami sukakan yang mana. Anda pula sedia yang mana?



3. Kewangan sebelum dan selepas kahwin.

Ramai fikirkan akan kewangan sebelum kahwin sahaja, seperti wang hantaran, majlis perkahwinan dan juga honeymoon. Akan tetapi, selepas kahwin lagi banyak pakai duit. Jadi persediaan sebelum dan selepas kahwin kena seimbang, malah perbelanjaan sebelum kahwin juga kena hadkan. Barulah sama-sama tak makan nasi berlaukkan telur nanti.

4. Sewa atau tinggal berasingan?

Kalau tinggal dengan mertua macam-macam masalah akan timbul, jadi nak tinggal di mana? Nak menyewa ataupun sanggup tinggal berasingan? Lagi-lagi kalau masing-masing jauh di selatan dan utara, macam mana nak tinggal serumah? Kalau yang dekat pula, nak menyewa ke duduk rumah mertua? Banyak nak kena bincang ini.



5. Pelaburan dan simpanan?

Ada lakukan pelaburan? Simpanan pula ada berapa? Yang ini pun penting, walaupun ramai yang kata selepas kahwin nanti boleh simpan sama-sama, tapi kalau ada RM1000 dalam simpanan pun boleh guna masa kecemasan juga bukan?

6. Berapa ramai anak.

Mungkin akan ada yang kekok untuk membincangkan soal ini. Namun, perancangan awal adalah yang terbaik. Nak anak ramai atau tidak, masa inilah kena rancangnya. Bukan itu sahaja, masa depan anak, seperti simpanan, pembelajaran serta perbuatannya, masa ini anda kena bincang. Bila dah kahwin nanti tinggal usaha dan juga percaya pada rezeki.

Mungkin ada yang merasakan ia tidak begitu penting, tetapi ketahuilah bahawa perbincangan seperti ini akan membuatkan anda lebih memahami pasangan anda. setiap keputusan dan tindakan itu akan mencerminkan siapa dirinya. Bukan itu sahaja, anda boleh lihat dia bersedia atau tidak untuk berkahwin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen