'Forget And Forgive' Resipi Terbaik Agar Hubungan Lebih Kekal & Membahagiakan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila terlibat dalam satu hubungan, tentu anda mahukan ia berkekalan hingga ke jinjang pelamin serta ke hari tua, malah hubungan tersebut tentulah perlu membahagiakan diri anda juga. Kalau tak bahagia, siapa yang mahu lama-lama bukan?

Akan tetapi agak sukar sebenarnya nak satu hubungan itu berkekalan malah nak sentiasa bahagia. Sudah tentu akan ada pertengkaran, salah faham serta bermasam muka. Itu lumrah dalam hubungan, akan tetapi jika terlalu ikutkan emosi, serta ego nanti anda sendiri yang mendapat kesannya.


Ada perkara yang paling penting dalam hubungan sebenarnya, nak-nak lagi jika anda ingin bahagia dan hubungan itu lebih utuh iaitu dengan mengamalkan forget dan forgive. Kebanyakkan pasangan lupa untuk terapkan perkara ini dalam hubungan, malah lebih sukar untuk memaafkan serta mengungkit masalah dalam hubungan.



Pelbagai perkara yang anda tentu tahu mampu kuatkan hubungan, antaranya adalah kejujuran, kesetiaan, kasih sayang, bertolak ansur, rasa tanggungjawab dan macam-macam lagi. Akan tetapi, bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan pasangan itu akan membuatkan hubungan lebih berjalan lancar, serta membahagiakan kedua-duanya.

Apabila pasangan anda membuat silap dalam hubungan yang melukakan hati, namun mendapat kemaafkan dari anda ini akan membuat kalian akan lebih kuat berjuang antara satu sama lain. Ini kerana, kemaafan dari seorang yang anda kasihi itu akan menggalakkan kedua-dua pasangan untuk lebih memahami pada masa akan datang.



Akan tetapi, kemaafkan sahaja tidak mencukupi jika anda tidak cuba untuk melupakan kesalahan tersebut. Di mana, kemaafan dan melupakan kesilapan pasangan itu akan membuat anda lebih positif dan berani untuk meneruskan hubungan bersama pasangan berbanding anda memaafkan tetapi tidak melupakan. Ini kerana, anda akan lebih mudah untuk mengungkit kembali kesilapan yang lepas serta akan mengerohkan kembali hubungan yang sepatutnya telah jernih.

Perlu diingatkan juga, bukan hanya memberi kemaafakan itu membuatkan hubungan kekal dan bahagia, tetapi meminta maaf juga mampu membuat hubungan yang kekal dan bahagia. Mana tidaknya, dengar sahaja kata maaf tentu akan membuat pasangan terasa sejuk hati.

Kesilapan dan kesalahan itu akan mematangkan hubungan, malah memaafkan dan melupakan akan membuatkan hubungan lebih kekal dan membahagiakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen