Lelaki Perut Buncit Selepas Kahwin, Tanda Isteri Pandai Jaga Makan Minum.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas kahwin, yang isteri berat badan bertambah, yang suami pula perut semakin maju ke depan. Itu adalah salah satu tanda kebahagiaan dalam rumahtangga. Nak-nak suami yang dapat isteri pandai masak, memang cepatlah perutnya akan maju ke depan.

Mana tidaknya, kalau sebelum kahwin rata-rata lelaki akan sibuk ikat perut untuk kumpul duit kahwin, malah ada juga yang melakukan beberapa kerja untuk simpan wang sehingga tidak ada masa nak jaga makan minumnya dengan betul. Akan tetapi, selepas berkahwin dia tentu akan bertambah senang hati apabila berjaya halalkan gadis impiannya malah dijaga makan minumnya.



Itu belum lagi jika setiap hari dia sentiasa makan bersama-sama isterinya berserta pelbagai jenis hidangan yang dimasak oleh isterinya sendiri. Jika sebelum ini dia makan bersendirian, kini dia ditemani isteri serta makan makanan yang penuh kasih sayang. Mana tidak perutnya semakin bahagia.


Ketika bergelar lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak.



Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.

Sangat beruntung seorang lelaki yang memiliki isteri yang mahir masak serta suka memasak. Makan di rumah hari-hari pun tak mengapa asalkan air tangan isteri dan hidangan yang menyelerakan. Makin bertambahlah berat badan suami selepas ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen