Guna Deodorant Pun Badan Masih Berbau, Haa... Apa Kata Cuba 5 Tips Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah bau badan sememangnya sangat mengganggu anda mahupun orang sekeliling anda. Bahkan bau ini juga akan membuatkan anda hilang keyakinan malah tidak mahu mendekati orang lain. Apa yang lebih merunsingkan adalah apabila dah pakai deodoront pun badan masih berbau.

Peluh adalah proses semula jadi yang terjadi ketika kita bersenam, atau dalam cuaca panas. Berdasarkan timesofindia.indiatimes.com, proses semula jadi yang sama boleh menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan apabila peluh bercampur dengan bakteria pada kulit.


Pakar kesihatan kulit di India, Dr. Jamuna Pai mendedahkan bahawa peluh itu sendiri tidak berbau. Tetapi apabila peluh bercampur dengan sel kulit mati, ia akan menjadi medium untuk pertumbuhan bakteria. Ia adalah bakteria yang kemudiannya menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan.



Untuk bebas dari bau badan yang tidak menyenangkan anda, berikut adalah tips yang boleh anda cuba.

1. Mandi dua kali sehari. Menjaga kebersihan badan adalah kunci penting untuk mencegah bau badan.

2. Pakai pakaian diperbuat dari kapas. Jika anda hendak menjalani aktiviti yang padat atau rutin, cuba pilih pakaian yang diperbuat dari kapas yang dapat menyerap peluh dengan baik.

3. Minum air secukupnya. Satu hari cuba memenuhi keperluan badan sebanyak 2-3 liter air.

4. Gunakan bedak talc sebelum deodorant. Untuk memastikan penyejatan lebih lama dan menjaga kulit kering, kita boleh menggunakan serbuk talcum di kawasan ketiak sebelum menggunakan deodorant.

5. Makanan berkhasiat serta seimbang. Elakkan memakan bawang putih dan bawang terlalu banyak. Hadkan pengambilan kafein dan minum teh herba. Sekiranya perlu, juga mengambil makanan tambahan seperti vitamin B kompleks dan zink.

Sudah tiba masanya untuk menjadi lebih yakin tanpa bau badan yang tidak menyenangkan.

Selamat mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen