4 Cara Terbaik Singkir Sikap Shopaholic, Yang Selalu Tak Cukup Duit Sampai Hujung Bulan Kena Buat Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai orang bujang, berbelanja mengikut nafsu itu sememangnya satu kebiasaan bukan. Mana tidaknya, tidak fikirkan untuk simpanan atau hari esok kerana berlumba-lumba gaya hidup yang selesa dengan rakan-rakan yang lain. Itu belum lagi, jika rakan-rakan yang lain pun seorang yang suka berbelanja dan kehidupan yang mewah.


Pening kepala macam mana nak berjimat dan simpan wang anda. Jangan risau shopaholics di luar sana, masih belum terlambat untuk hilangkan masalah kaki shopping kamu ini. Just follow these simple steps!

Katakan TIDAK setiap kali ingin membeli

Jika kamu ingin membeli iPhone ataupun beg tangan terbaru, tunggu sehingga keesokkan harinya. Selalunya perasaan itu hanyalah subconscious reaction, jadi kamu hanya akan sedar yang kamu tak perlukannya selepas bertenang seketika.



Buat wish list

Dengan cara ini kamu boleh mengatur perbelanjaan kamu dan melihat dengan lebih terperinci, dan tidak menghabiskan gaji kamu serta merta!


Hindari apps beli-belah / media sosial

Memang seronok untuk melayari apps seperti Shopee, Zalora dan Lazada tetapi kamu akan lebih terpengaruh jika melayarinya setiap saat! Jadi elok jika kamu padam saja apps tersebut dan hanya pinjam telepon kawan/pasangan jika ingin membeli.



Kawal kad kredit kamu

Belajar cara menggunakan kad kredit dengan betul jika kamu tak nak dibebani hutang! Pastikan kamu melihat bil kad kredit dari masa ke semasa dan jangan membawanya setiap kali kamu keluar. Guna untuk perkara yang penting sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen