Jadi Ibu Pada Usia 20-an, Banyak Untungnya. Yang Paling Utama Lebih Bertenaga!

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkahwin awal dan menjadi ibu pada usia yang muda ini sememangnya ada kelebihan tersendiri. Walaupun ada yang terpaksa lupakan kerjaya malah bersusah payah dengan belum habis belajar lagi, tapi selepas keperitan yang anda lalui itu, tentu ada kebahagiaan yang ternanti.


Jika anda menjadi ibu disaat 20an ini, anda adalah antara wanita yang bertuah. Tidak semua wanita berpeluang untuk melalui saat-saat seperti ini. Walaupun menjadi ibu diusia ini sangat mencabar tapi anda sangat beruntung.

1. Masih bertenaga

Apa yang menguntungkan anda adalah, anda masih bertenaga dalam menguruskan anak-anak anda. Malah anda juga akan lebih mudah kawal mereka menggunakan tenaga anda. Nak-nak lagi jika anak-anak seorang yang aktif, tentu tak jadi masalah untuk anda kejar dan urus mereka.



2. Nampak awet muda

Apa yang seronoknya, walaupun dah ada anak dua atau tiga orang, tapi anda akan tetapi kelihatan muda. Tak nampak macam ada anak dua atau tiga. Itu untungnya menjadi ibu waktu muda ini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh bergaya seperti biasa juga. Tak ke nampak muda sentiasa.

3. Ada hala tuju dalam hidup

Saat muda ini anda sudah mula merancang buat diri anda serta anak-anak anda juga. Di mana, anda sudah sediakan simpanan untuk mereka serta diri sendiri. Anda juga boleh merancang berapa ramai anak yang anda mahukan dan bagaimana didikan yang anda boleh berikan kepada mereka ini.



4. Nikmati hari tua dengan tenang

Ini adalah paling nikmat sebenarnya. Disaat rakan-rakan anda yang lain sibuk menguruskan anak kecil, anak kini boleh bergaya dan menikmati semula kehidupan tanpa gangguan anak kecil. Mana tidaknya, anak anda sudah besar dan mampu uruskan diri mereka dengan sendirinya. Bukan ke itu lebih seronok.

5. Lebih mudah untuk berusaha dengan gigih

Bila ada anak diusia yang muda ini, ia akan membuatkan anda berusaha dengan lebih gigih lagi. Nak-nak berusaha untuk kesenangan anak serta masa depan mereka. Bukan itu sahaja, masa muda ini jugalah anda tidak akan berputus asa dengan mudah.

Banyak lebihnya kalau miliki anak diusia yang mudah, malah kalau kahwin pada usia ini pun satu tindakan yang baik. Bagus untuk diri anda serta masa depan keluarga anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen