Depan Bakal Mertua Jangan Lakukan 7 Perkara Ini, Dari Suka Boleh Jadi Tak Suka Nanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pilihan anak itu belum tentu menjadi pilihan ibu bapanya, jadi anda sebagai orang yang ingin masuk ke keluarga tersebut, jangan terlalu teruja atau yakin bahawa ibu bapa serta keluarganya akan menerima anda dengan hati yang terbuka. Walaupun memberikan layanan yang baik, itu belum tentu akan menjanjikan sebuah perkara yang baik.

Nak-nak lagi kalau ada beberapa perbuatan yang tak menyenangkan hati baka ibu bapa mertua anda lihat anda lakukan. Lagi lah, dari dia terima pilihan anaknya, boleh jadi dia akan carikan calon lain buat anaknya pula.


Awas akan 7 perkara ini!

1. Bermesra dengan anaknya

Kalian belum halal lagi, jadi jangan tunjukkan kemesraan kepada bakal mertua anda. Nak-nak lagi kemesraan yang melampau-lampau, tentu mereka tak sedap memandang anda dan anaknya. Jadi elakkan kemesraan bersama di depan mereka.



2. Bermain telefon bimbit

Tak salah kalau nak bermain telefon bimbit, akan tetapi kalau ketika berbual pun main telefon bimbit tentu sahaja akan kelihatan agak biadap di situ. Jadi apabila kalian saling berbual atau berkumpul elakkan untuk bermain telefon bimbit.

3. Datang lambat

Janji pukul berapa anda datang pukul berapa. Ini pun buat keluarga mertua tak sedap memandang anda juga. Kalau dah janji nak datang pukul 2 maka datanglah pada waktu yang ditetapkan. Tak lah anda membuat mereka ini tertunggu.



4. Tak tahu mengenai keluarga si dia

Sedikit sebanyak anda kena ambil tahu mengenai keluarganya. Macam apa yang ibu bapanya suka, apa yang tidak. Malah apa yang topik sesuai untuk dibualkan serta tidak dibualkan, barulah anda lebih muda mesra dengan mereka ini.

5. Ibu bapanya tidak tahu akan siapa anda

Pastikan sebelum anda datang ke rumahnya, ibu bapa anda telah tahu siapa diri anda. Jika dia tidak tahu dan anda pula seakan-akan beria tentu sahaja perkara ini tidak menyenangi keluarga si dia. Kalau mereka sudah tahu bahawa anda dengan anaknya, tentu keadaan akan lebih selesa.



6. Terlalu awal untuk berjumpa keluarganya

Bila kalian masih dalam tempoh yang terlalu awal, jangan terburu-buru nak berjumpa dengan keluarganya. Mana tidaknya, nanti anda juga yang akan malu sediri kalau pasangan anda dan keluarganya masih tidak kenal anda dengan betul.

7. Terlalu malu-malu dan diam

Bila dengan orang tua ini jangan terlalu malu dan pendiam sangat. Bercakaplah sedikit dan lakukan semua perkara macam biasa. Akan tetapi jangan banyak cakap sampai suka mencelah perbualan orang pula. Itu pun bukan perkara yang elok.

Nak jumpa bakal mertua ini kena betul-betul ready, kalau tak ready lagi banyak perkara yang tak sepatutnya anda akan lakukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen