4 Sebab Perigi Cari Timba & 4 Tip Cara Menawan Timba.

‘Sudi awak jadi pasangan saya'? Jika ungkapan ini dilafazkan si lelaki, tiada apa yang peliknya bukan? Namun, bila wanita pula yang menuturkannya, agak janggal sedikit. Dalam konteks masa kini, wanita tersebut digelar ‘perigi mencari timba’. Kenapa dan atas dasar apa wanita sanggup bertindak sejauh demikian?.



1. Tekanan.

Ya, tekanan umur yang semakin senja membuatkan wanita tiada pilihan lain. Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba, namun tidak muncul. Tanpa timbang tara, wanita tersebut terus bertindak menjejaki pilihan hati. Tanpa mempedulikan persepsi luar, menanti pujuk rayu sang lelaki bukan lagi satu pilihan.


2. Mentaliti.

Mentaliti kaum wanita masa kini yang ditusuk anggapan lelaki ‘berkualiti’ semakin kurang adalah salah satu sebabnya. Tidak mahu lagi terus berteka-teki, sesiapa sahaja di depan mata yang dirasakan layak, wanita tidak teragak-agak untuk terus bertindak.




3. Desakan ibu bapa.

Desakan ibu bapa juga boleh mempengaruhi sang wanita untuk berperang memikat hati si dia. Dengan leteran yang tiada tentu titik noktahnya, walaupun niat di hati masih lagi belum bersedia, namun wanita terpaksa jua merelakannya.


4. Takut dilabel ‘andartu’

Tidak mahu lagi ditawan jolokan ANDARTU (anak dara tua) oleh ibu bapa serta kenalan. Apa lagi yang wajar dilakukan melainkan terus merancang memikat si teruna.



Langkah tawan si dia (untuk bacaan kaum wanita).

1. Sentiasa tampil menawan. 

Walau di mana sahaja anda berada. Di majlis keramaian, parti klien mahupun di warung tepi jalan. Sentiasa tampak mempesona dengan wajah bersolek agar sesiapa saja yang melihat akan tertawan.

2. ‘Jual mahal’ tetapi jangan terlebih. 

Mungkin gelaran ‘desperado’ buat wanita agak sukar buat anda, namun kekalkan maruah anda dengan menjual sedikit mahal namun jangan terlebih.



3. Hias diri anda. 

Wanita yang kelihatan polos dan kosong sangat tidak menarik, terutama sekali di mata si lelaki. Ambil masa, hias diri anda memakai jam tangan, eye lasher, cekak rambut mahupun wangian enak agar diri kekal segar di matanya. But, less is more.

4. Harus kreatif. 

Kreativiti cukup penting dalam memancing hati si dia. Libasan rambut anda, gaya jalan yang yakin dan memukau serta senyuman manis boleh mencairkan hati pasangan. 

Hampir separuh daripada wanita Amerika Syarikat mengakui memulakan langkah pertama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen