Kadang Sampai Macam Terdesak Nak Cari Pasangan, Kenapa Kita Perlukan Pasangan Dalam Hidup?

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat mereka yang bujang, pernah atau tidak anda tertanya-tanya mengapa perlunya pasangan di sisi anda? Tidak boleh ke anda hanya hidup dengan diri anda sendiri sedangkan anda mampu menguruskan semuanya sendiri. Mengapa perlunya pasangan?

Bukan itu sahaja, selain perasaan ingin berpasangan, anda juga tentu seakan terdesak untuk hidup berumahtangga dan berkahwin seperti mereka yang telah berkahwin. Sememangnya fitrah manusia yang hidup berpasang-pasangan ini, seperti dalam surah al-Dhariyat ayat 49 yang bermaksud: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.”


Kenapa kita perlukan pasangan dan mengapa kita terdesak inginkan pasangan hidup? Ini adalah beberapa sebab mengapa kita perlu berkahwin, bercinta serta menjalinkan hubungan.



1. Pasangan akan mengajar kita rasa empati.

Hubungan ini sebenarnya membantu kita memahami perasaan orang lain. Belajar untuk mendengar segala masalah serta berkongsi selesaikan masalah bersama sudah tentu akan timbulkan rasa empati dalam diri anda. Bukan hanya pada pasangan, dan diri sendiri sahaja, malah orang sekeliling anda.

2. Pasangan akan mengajar anda kesabaran.

Untuk mengekalkan satu hubungan agar mampu bertahan lebih lama, kadang kala kesabaran diperlukan. Sabar untuk setiap ujian yang mendatang, sabar dengan sikap pasangan malah sabar untuk segala-galanya.



3. Pasangan menjadi motivasi buat anda.

Apabila memiliki pasangan ini, anda akan hidup lebih bersemangat. Malah setiap hari anda tahu apa yang perlu anda lakukan. Bukan itu sahaja, kalau ada sesuatu yang mematahkan hati anda, pasangan akan menjadi semangat buat diri anda.

4. Pasangan membantu meluaskan minat anda.

Setiap orang mempunyai minat mereka yang tersendiri. Apa yang membezakannya adalah anda mampu untuk serlahkannya atau tidak. Tetapi dengan andanya pasangan anda ini, anda mampu luaskan minat anda dengan sokongan darinya. Itulah yang anda perlukan dari hubungan yang terbina.



5. Pasangan mengajar anda untuk memaafkan.

Dalam hubungan ini, tentu akan ada salah faham dan ada yang melakukan kesalahan. Tapi apabila adanya kasih sayang dalam hubungan, tentu sahaja ia akan membuatkan anda untuk cuba memaafkan pasangan malah belajar memaafkan pasangan anda. Dari sinilah sikap memaafkan itu akan terbentuk.

6. Pasangan membuatkan anda lebih kuat.

Sebagai manusia, anda sememangnya perlukan sokongan malah perlukan sesuatu untuk membuatkan anda kuat dan bertahan dengan apa yang anda lalui. Apabila anda rapuh dengan segala dugaan, pasangan akan setia di sisi untuk membuatkan anda kekal kuat. Ini perlunya pasangan di sisi.



7. Pasangan membuat anda terasa dilengkapi.

Apa yang paling penting sebenarnya adalah pasangan akan membuatkan hidup anda terasa lengkap. Nak-nak lagi bila dah kahwin, dah bina keluarga sendiri serta memiliki anak-anak itu yang membuatkan hidup anda menjadi sempurna.

Sebab itulah kita semua perlukan pasangan dalam hidup kita. Bahkan apabila kita memiliki pasangan yang serasi dan begitu menyayangi kita, segala masalah yang berlaku akan terasa begitu mudah di bahu anda. Pasangan ini bukan sekadar peneman hidup sahaja, tetapi banyak lebihnya yang membuatkan setiap mereka yang bujang akan begitu terdesak untuk memiliki pasangan mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen