Bakal Pengantin Jangan Selalu Sangat Makeup Tebal-Tebal, Ia Membuatkan Anda Hilang Seri Nanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mengenakan makeup bukanlah satu perkara yang asing bagi seorang wanita. Malah, makeup ini adalah penambah keyakinan buat mereka. Makeup juga dikatakan, mampu menutup cela yang ada diwajah malah membuat seorang wanita kelihatan lebih cantik dari biasa.

Namun begitu, buat bakal pengantin baru penggunaan makeup yang terlalu kerap akan mengurangkan seri wajah anda. Malah ia juga membuatkan wajah anda kelihatan sama sahaja apabila dikenakan solekkan pada hari bahagia anda nanti.


Sebab itu, kalau nak makeup itu tiada masalah tetapi pastikan guna makeup yang tipis malah tidak terlalu tebal. Bukan itu sahaja, ada juga yang menasihati agar tidak menggunakan sebarang makeup muka apabila semakin hampir dengan hari persandingan. Mungkin boleh jarakkan dalam masa 5 hingga 3 bulan.

Ikuti kaedah yang betul ketika bersolek untuk mendapatkan kesan yang memuaskan. Bakal pengantin, jangan nak makeup tebal-tebal ya!



1. Elak terlalu banyak krim atau bedak asas

Kelebihan nyata bedak asas melindungi cela yang tidak diingini. Ia berupaya menutup garis halus dan rona tidak sekata pada wajah. Bagaimanapun, pemakaian terlalu tebal atau banyak menyebabkan muka bukan saja ‘terasa berat’, tetapi menyebabkan solekan comot bertompok. Carilah produk dengan formula lebih ringan. Kadangkala jenis krim asas boleh mempengaruhi teksturnya kerana ia memang dicipta untuk solekan jenis tebal dan bukannya solekan biasa atau seharian. Elakkan produk jenis matte dan ‘baldu’.

2. Sembunyikan lingkaran gelap bawah mata

Menyapu penyamar noda pada bahagian bawah mata secara berlebihan tidak bagus kerana ia bukan saja menyebabkan bahagian itu kelihatan sembap, malah akan mudah kering. Ini mempercepatkan berlakunya garis halus kerana bahagian sekitar mata sangat sensitif.



3. Elak gincu gelap

Gincu gelap tidak menyebabkan anda kelihatan seksi, tetapi lebih berusia. Membuat ulas bibir kelihatan lebih seksi dan menggoda, pilih gincu cerah dan sapukan dengan pengilat bibir warna pic, merah jambu atau merah terang. Elakkan menggunakan rona merah gelap, merah tua dan coklat.

4. Bedak debu

Bedak debu disapu pada akhir solekan. Ia dikatakan boleh menyamaratakan atau menyeimbangkan solekan, selain mengelakkan wajah berkilat. Ia sebenarnya tidaklah begitu kerana penggunaan bedak debu boleh menyebabkan liang roma menjadi besar. Pilih jenis ringan pada kulit, seperti sheer translucent powder dan layangkan pada bahagian tertentu saja seperti pada zon T. Kemaskan kesan berminyak dengan penggunaan tisu serap minyak.



5. Celak hitam

Calitan celak boleh mencantikkan mata. Ia berupaya menjadikan mata lebih besar dan galak. Bagaimanapun, celak hitam boleh mempengaruhi wajah kelihatan lebih tua. Pilih warna coklat atau coklat gelap kerana ia tampak lebih semula jadi dan hasil lebih baik khususnya menampakkan mata lebih besar dan memikat

6. Penggaris bibir

Fungsi utama penggaris bibir supaya solekan bahagian itu tidak comot. Warna penggaris bibir boleh mempengaruhi rupa individu. Penggaris bibir rona gelap boleh menyebabkan bibir kelihatan kecil. Bagi mendapatkan hasil semula jadi, pilih warna penggaris bibir sepadan dengan warna bibir bukannya yang sama warna dengan gincu anda.

7. Maskara

Menggunakan celak dan maskara terlalu tebal boleh membuat mata anda kelihatan ‘jatuh’ dan menarik perhatian kepada lingkaran hitam bawah mata. Lakarkan maskara hanya pada bulu mata atas dan sampai ke hujung bulu mata untuk kesan dramatik.



8. Pemerah pipi

Sapukan pemerah pipi bagi menampilkan wajah bermaya dan tampak lebih muda. Bagi hasil terbaik, sapukan pemerah pipi menggunakan berus berbulu besar pada pada tulang pipi secara membulat dan bukannya dalam bentuk sapuan satu garis menaik sepanjang tulang pipi.

9. Jari

Kurangkan warna terang gincu dengan menggunakan jari atau berus gincu. Letakkan gincu pada tengah bibir dan ratakan menggunakan jari atau berus gincu kerana hasilnya kelihatan lebih semula jadi.

10. Pensel bulu kening

Warna bulu kening akan pudar selari dengan usia individu. Justeru, pilihlah pensel bulu kening dengan warna yang sesuai mengikut usia. Pilih satu warna lebih ringan dan terang daripada warna kening semula jadi anda. Warna terlalu gelap boleh membuatkan rupa anda pelik.

Mekap biarlah secara bersahaja, jangan terlalu tebal kerana bukan semua lelaki suka melihat wanita yang tidak bermekap apabila berada dirumah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen