Perbaiki 20 Perkara Ini Sebelum Bergelar Suami.

Saya suka apple, awak suka oren,
Saya tak nak couple, tapi saya nak KAHWIN!

Bro, kalau dah jumpa yang berkenan, senyuman manis, sedap mata memandang, tetapi dia anggap kau kawan je, kau kena tenang. Kalau ada jodoh tak ke mana. Rabak jugak kalau kena 'friendzone' ni. Tapi kau sabar. Mungkin itu bukan jodoh kau. Jadi sambil kau sabar tu, kenalah perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Persediaan sebelum kahwin bagi lelaki antaranya;



1. Buat simpanan untuk kahwin. Bukan minta makwe/tunang atau bakal isteri buat pembiayaan peribadi. Ini adalah panduan yang terbaik, iaitu simpan dulu, selebihnya baru belanja. Gaji - Simpanan = Belanja

2. Tak perlu modified kereta sangat kalau setiap bulan gaji tinggal baki RM200 saja. Tak perlu juga tukar sport rim dengan tambah skirting. Lebih membazir siap ubah kedudukan tayar bagi cacat terkeluar dah kenapa?

3. Tak menggelupur beli kereta import mewah, pakai iPhone, travel luar negara pasal nak ikut trend.

4. Tambahkan ilmu pengurusan kewangan. Kalau boros, hancur terus kewangan keluarga kau nanti. Belajar bagaimana menguruskan kewangan dengan baik. Ramai mentor-mentor kewangan di luar sana yang boleh bantu.



5. Apabila duit masuk kurang dan keluar lebih kencang, itu petanda awal kewangan kita bakal pincang. Jika rasa duit gaji tak cukup, hidup di bawah kemampuan. Rendahkan taraf hidup. Bukan rendahkan maruah ye. Ada kereta import mewah tukar kepada kereta tempatan saja. Ansuran bulan-bulan lebih rendah.

6. Tambahkan kemahiran asas. Jangan semua benda nak upah orang, semua benda nak beli. Do It Yourself (DIY) lebih menjimatkan. Paling tidak mesti tahu tukar mentol lampu , tukar gas masak, tukar minyak hitam kereta, tukar bateri kereta sendiri.

7. Berhenti beli majalah merapu seperti majalah sukan, bola sepak, kereta atau artis. Baca saja online. Melabur dalam ilmu punyalah berkira. Lebih baik beli majalah-majalah kewangan atau buku-buku pelaburan yang lebih bermanfaat.

8. Kalau tak mampu menyimpan setiap bulan, potong bajet mana tak perlu. Misalnya keahlian gym, golf, spa. Jika nak kekalkan badan sado tu, pergi je bersenam dekat taman rekreasi.

9. Tak perlu nak 'reward yourself' sangat lah, jika dapat gaji terus reward yourself sampai habis RM500-RM600. Bila masanya nak menyimpan? Suruh masuk RM5 dalam tabung masjid pun terketar-ketar tangan.

10. Setiap hari lepak mamak. Kau kasi mamak kaya, kau sendiri terkapai-kapai dalam kewangan. Belajar memasak. Lagi jimat.



11. Ada iPhone tetapi setakat nak main Candy Crush, main WhatsApp, main Facebook memang tak guna. Download aplikasi untuk tracking kewangan. Barulah kau tahu ke mana wang kau menghilang. Boleh muat turun aplikasi 'Money Manager Expense & Budget', ataupun 'My Tabung BNM' (dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia). Aplikasi ini membantu pengguna untuk membuat bajet, memantau pendapatan, simpanan dan perbelanjaan. Download My Tabung dari Apple Store atau Google Play.

12. Beli barang terpakai, bundle pun ada yang ok juga. Tak perlu nak pakai yang berjenama. Tak perlu up to date sangat. Pakaian nak yang dekat butik saja. Nak jadi macam Wak Doyok. Tukar pada jenama lebih murah, jenama baju dekat Mydin juga berkualiti.

13. Lupakan travel ke luar negara jika ada hutang keliling pinggang. Tak payah nak luaskan pemandangan sangatlah. Kau berhutang yang tak perlu tu pun dah menunjukkan kau dah tak bijak.

14. Jangan beli kereta lagi jika masih bujang. Beli motor dulu. Beli je motor Honda EX5. Boleh jimat minyak. Sebulan dalam RM20, bukan sehari RM20! Kalau makwe tanya kau pergi kerja naik apa, dengan bangganya kau boleh jawab 'pakai Honda je.'

15. Jangan malu bawa bekal ke pejabat. Tindakan ini lebih bijak dan salah satu cara berjimat-cermat sebab kau tahu kau bukan orang have-have.

16. Biar pakai motosikal tapi dah ada rumah sendiri, jadi tuan rumah. Duduk rumah percuma je. Tak macam kawan sejawat kau, pakai Honda Civic tapi masih menyewa.

17. Takut sangat awek lari sanggup belikan macam-macam dan usung dating sana sini. Perempuan kalau dah sayang kat kau tak akan kisah semua tu. Tetapi kalau dapat makwe yang asyik ajak dating ke tempat makan hipster, berhati-hati. Cuba tanya dia, 'Nanti kalau lepas kahwin, kita terpaksa makan nasi lauk telur goreng dengan kicap awak sanggup tak?'



18. Berhenti merokok dan hisap vape. Orang cerdik tak akan bakar duit. Mereka semua melabur dan kembangkan duit.

19. Jangan tunggu gaji dah besar baru nak mula melabur. Melaburlah ikut kemampuan dalam instrumen pelaburan yang sah dan halal. Pelaburan saham di Bursa Malaysia tu pun ramai yang tak tahu lagi. Hari ini satu sumber pendapatan saja tidak cukup. Paling kurang kena ada pendapatan kedua iaitu dari sumber pelaburan. Bila berjaya dapat pendapatan ekstra tu jangan lupa berzakat.

20. BONUS : Kau jangan bawa anak dara orang ke hulu ke hilir, lepas tu tinggalkan. Sebab cari calon ustazah nak buat bini. Masa bercinta nak yang cun, yang seksi. Bila nak kahwin cari yang ustazah, cari yang ada ciri-ciri keibuan. Bro, jangan nak cari calon isteri yang sempurna sebab kau tak akan jumpa. Tiada manusia yang sempurna. Kekurangan itu saling melengkapi, kelebihan itu disyukuri. Orang kata lepas kahwin, insyaAllah murah rezeki. Tetapi kita tetap perlu merancang dan buat persediaan lebih awal. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah tetap sebaik-baik perancang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen