Bakal Pengantin Jangan Lupa Untuk Memilih Kasut Yang Sesuai Digayakan Di Hari Bahagia, Pastikan Pilih Yang Selesa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selain daripada pakaian yang menarik di hari bahagia, bakal pengantin juga perlu menitik beratkan akan pemilihan kasut di hari bahagianya itu. Walaupun hanya sekadar diletakkan di kaki, akan tetapi kasut yang menarik serta bersesuaian dengan majlis tentu sahaja akan menambah keanggunan anda pada hari tersebut.

Setiap orang sudah tentu mempunyai gaya yang tersendiri, namun sebagai bakal pengantin keselesaan kasut adalah yang paling utama. Mana tidaknya, kasut tersebut akan digunakan untuk satu hari malah anda mungkin perlu berdiri lama di atas kasut tersebut.

Buat bakal-bakal pengantin, ini tips buat anda memilih kasut yang sesuai pada hari bahagia anda.


Pilih kasut yang diperbuat dengan material yang berkualiti

Secara umumnya, ramai pengantin yang memilih kasut tumit tinggi (high heel). Walau bagaimanapun, jika anda mahu untuk mendapatkan sepasang kasut yang berlainan daripada kasut tradisional dan membuatkannya satu koleksi unik anda selepas perkahwinan, anda boleh memilih kasut yang berlainan juga dengan memastikan bahan yang diperbuat untuk kasut itu adalah berkualiti dan bermutu tinggi.



Memilih warna kasut pengantin untuk dipadankan dengan pakaian perkahwinan

Ia mungkin perlu bagi anda untuk membawa sampel kain bagi memudahkan anda untuk memastikan warna yang sepadan. Dalam kebanyakan kes, pengantin memilih warna asas seperti hitam, coklat, kelabu dan putih untuk dipadankan dengan tepat.

Selain itu, anda juga boleh memilih kasut yang berbeza dari warna baju pengantin anda tetapi yang harmoni dengan rona seperti emas atau perak. Di samping itu, anda juga boleh memilih hiasan kasut dengan perincian seperti manik, mutiara, swarzoski dan lace supaya melengkapkan penampilan anda secara keseluruhan.

Pilih kasut pengantin yang sesuai dengan anda

Kasut yang mempunyai perincian manik dan batu swarzoski kelihatan terlalu bersinar tidak begitu penting kerana keselesaan adalah yang lebih utama.

Anda hanya perlu memilih kasut bertumit tinggi jika anda telah biasa memakai kasut yang tinggi. Jika tidak, anda boleh membeli kasut bertumit tinggi beberapa bulan sebelum hari perkahwinan anda supaya kaki anda dapat menyesuaikan dengan kasut itu.

Jika anda seorang yang sememangnya seorang yang tidak biasa langsung bertumit tinggi, anda bolehlah menggayakan kasut bertumit wedges. Ini kerana kasut bertumit wedges lebih stabil dan seimbang.



Gaya kasut anda perlu sepadan dengan majlis dan pakaian perkahwinan

Apabila memilih kasut perkahwinan, anda perlu mengambil kira agenda program majlis perkahwinan, gaya pakaian dan keluasan dewan yang diadakan. Sebagai contoh, adalah baik untuk anda memakai kasut yang diperbuat dari fabrik cotton ataupun baldu bagi memberi keselesaan kepada kaki. Selain itu, ianya juga mampu menyerap peluh.

Ia adalah baik untuk memilih kasut perkahwinan yang sesuai dengan majlis anda

Kasut bertumit tinggi pasti bukan pilihan yang baik untuk laluan pejalan kaki bagi pengantin yang ingin melakukan sesi bergambar di batu dan pantai. Oleh itu, adalah penting bahawa sebelum memilih kasut, anda terlebih dahulu perlu mengambil kira tempat-tempat yang anda mungkin akan jejaki semasa dan selepas majlis berlangsung.



Memilih apa yang membuat pengantin kelihatan menawan

Jika pengantin perempuan lebih tinggi daripada pengantin lelaki, atau lebih pendek, jadi anda boleh mengambil kira dan menentukan jenis kasut yang dapat seimbangkan ketinggian untuk kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.
Walau bagaimanapun, ia juga baik untuk memberi efek lengsing dan tinggi dari gambaran sebenar. Cuma dinasihatkan, carilah tumit kasut yang agak lebar sedikit dan tidak terlalu halus. Takut terpeleot diatas pelamin pula nanti. Terpaksa jadi pengantin viral...

Oleh itu, jika anda ingin anda kelihatan dalam keadaan yang sempurna, pilih kasut perkahwinan yang tepat dan membantu anda tampil cantik. Pilihlah kasut perkahwinan dengan teliti dan anda akan mempunyai satu perkahwinan yang hebat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen