"Sebagai Mak Ayah Kena Filter Setiap Makanan Yang Anda Suap Ke Mulut Anak-Anak, Pastikan Dari Sumber Yang Halal..." Pesan Lelaki Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila sudah bergelar ayah dan ibu ini, jangan anggap semua perkara mudah. Nak-nak lagi dalam memberi makan dan minum kepada anak-anak anda. Bukan apa, apa yang anda beri itu akan menjadi contoh, serta darah daging mereka. Boleh jadi mereka juga akan melakukan perkara yang sama kelak. Jangan perjudian anak-anak anda, berikan apa yang sepatut dan selayaknya mereka dapat.

Mungkin bagi anda tiada siapa yang nampak, hanya diri anda dan Allah sahaja yang tahu. Boleh jadi, anda cuba menghalalkan cara yang haram itu tapi haram tetap haram. Hadam nasihat daripada Mohd Fhais ini.


Anak kita tak tahu apa-apa

Mereka tak tahu apa itu halal haram, mereka tak tahu apa 'value' duit dan for sure mereka tak ambil tahu pun macam mana ayah dia bekerja.



Yang mereka tahu nak happy setiap masa !

Kita sebagai mak ayah la sebagai 'breadwinner' keluarga yang kena 'filter' siap siap setiap makanan yang kita suap ke dalam mulut anak kita.

Pastikan ia datang dari sumber yang halal. Yang tak ada langsung dari unsur haram.

Malah jika sumber itu ada unsur syubhah sekalipun iaitu sumber yang tidak halal dan juga tidak haram maka baik tinggalkan sahaja.



Sekali dah masuk, susah nak keluar balik !

Setiap makanan yang kita suap ke dalam mulut anak kita akan jadi daging yang memenuhi tubuh mereka.

Di antara banyak banyak ketulan daging itu ada seketul daging yang sangat tinggi pengaruhnya pada akhlak anak kita.
Ianya adalah HATI !

Jika baik elok hati mereka, maka elok la jasad mereka. Sebaliknya jika rosak hati mereka, maka rosak la segala-galanya..

- susah dengar kata
- degil
- besar kepala
- kuat melawan
- bergaduh
- dan macam-macam lagi masalah akhlak

Baik buruk anak kita mungkin datang dari cara kita bekerja juga. Mana la tahu kan, kita semua bukan sempurna!

Biarlah kita susah sikit nak cari makan tapi anak semua baik daripada kita sering susah hati dengan perangai anak anak.

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais
Kegembiraan sebenar terletak pada hati bukan bibir..

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen