"Isteri-Isteri Jangan Kecewa Kalau Suami Buat Perangai, Kadang Bukan Sebab Kekurangan Anda Tetapi Mereka Yang Tak Bersyukur."

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita ini bila dia sudah berkahwin, dia akan serahkan segalanya kepada rumahtangganya. Jiwa dan raganya dia akan berikan sepenuhkan kepada suaminya. Sebab itu dia akan melakukan segala perkara dengan bersungguh-sungguh. Namun apabila tidak dihargai, pengorbanannya tidak nampak dia tetap akan berusaha dengan baik.

Orang perempuan ini, kalau dia suami dia kata dia kurang itu, kurang ini. Dia akan cuba sedaya upaya perbetulkan dan lebihkan mana yang kurang. Bahkan kalau suaminya buat perangai sekali pun dia akan tertanya-tanya, apa salah dan kurang dirinya. Nampak tak kesungguhan seorang wanita untuk menjadi isteri yang baik pada suaminya.


Tapi itulah, manusia ini mana pernah berasa cukup dan puas. Bila dah dapat lebih yang ini, dia buat yang itu pula. Isteri dah cantik, tapi dia pergi curang. Isteri dah bantu uruskan perbelanjaan rumah, dia minta nak kahwin lain.

Jika berlaku seperti ini, bukan salah isteri-isteri tetapi salah suami itu sendiri. Macam yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin ini.

Bila suami buat perangai, isteri akan cari apa salah dirinya...



Dia akan menyalahkan dirinya sendiri atas perbuatan suaminya itu...mesti dia tak cukup baik, mesti dia banyak kekurangan, mesti dia banyak kelemahan...

Mesti dia tak pandai layan...

Itu yang membuatkan banyak wanita yang menghadapi situasi ini semakin murung, tertekan, lemah dan hilang semangat kerana dia meletakkan kesalahan itu pada dirinya sedangkan dia dah pun buat yang terbaik, jadi yang terbaik...

Dia dah serahkan apa saja yang dia ada...

Ada isteri yang cantik, ditinggalkan suami untuk wanita lain...maka adakah dia dah tak cantik atau ada yang lebih cantik berkali ganda dari dirinya?



Ada isteri yang dah melahirkan 5 orang anak, 7 orang anak, ditinggalkan suami untuk wanita lain...maka adakah dia tidak pandai melayan kehendak nafsu suami? Adakah 5 dan 7 orang anak itu tidak memadai lagi bagi suami?

Ada isteri yang berjawatan tinggi, berpangkat, ada pendapatan, stabil dari segi kewangan, banyak harta, namun dia tetap ditinggalkan suami untuk wanita lain...maka adakah pangkatnya tidak cukup tinggi? Gaji dan hartanya tidak cukup banyak?

Soalnya sekarang, jika si suami mensyukuri setiap apa yang dia dah miliki, dia tak kan mencari lagi...jika ada terkurang pada diri pasangannya, dia melengkapi dengan kelebihan yang ada pada dirinya...mudah...tapi itulah, untuk orang yang jenis mencari ini, baginya, apa yang dah dimiliki tidak pernah cukup dan memadai...dia nak lebih lagi sebab dia rasa dia layak untuk dapat yang lebih baik lagi...

Itulah kesilapan yang akan membuatkan hidupnya sentiasa tidak tenang dan bahagia...dia nak sesuatu yang dia dah ada tapi dia buta untuk mengakuinya...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen