"Bila Nak Kahwin?" Ayat Ini Nampak Ringkas Tapi Makan Dalam Buat Si Bujang, Ini 6 Ayat Lain Yang Boleh Anda Tanya Mereka Yang Single.

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun niat hanya ingin sekadar bertanya sahaja, tetapi dengan ayat seperti ini boleh menguriskan hati mereka-mereka yang mendengarnya. Biasanya makcik-makcik bawangan hanya merasakan bahawa ini adalah pertanyaan untuk memulakan perbualan tetapi berlainan pula dengan yang menerima soalan itu.

“Bila nak kahwin?”

“Tak nak kahwin ke?”

Nampak macam tak ada apa-apa tetapi sebenarnya ia akan melukakan hati juga. Mana tidaknya, siapa yang tak nak berkahwin dan berumahtangga. Semua orang tentu mempunyai impian sebegitu, tapi belum sampai masanya lagi nak dirikan rumahtangga itu yang membuatkan mereka ini masih single sampai sekarang.


Buat anda yang ingin bertanya kepada mereka yang masih single ini ada cara dan soalan yang sesuai agar tidak menguriskan hati mereka. Berikut adalah beberpa soalan;



1. “Apa kriteria utama yang perlu ada pada pasangan anda?”

Buat mereka yang masih single tentu meletakkan beberapa kriteria utama pada bakal pasangannya. Bukan memilih tapi mereka nak apa yang mereka mahukan itu. Jadi jika anda tanya soalan seperti ini, anda boleh tahu tastenya secara langsung malah kelihatan seperti anda ingin membantu mencarikan seseorang buat dirinya. Taklah dia makan hati dengan soalan anda.

2. “Tentu anda tumpang gembira melihat rakan-rakan sudah berkahwin bukan?”

Kadang kala belum tiba masanya untuk dia gembira di atas majlis perkahwinannya sendiri, jadi apa yang boleh dia lakukan adalah menumpang kegembiraan rakan-rakannya yang berkahwin. Jadi tak salah pun kalau anda tanya soalan ini kepada dirinya.



3. “Tentu anda nak lebih banyak luangkan masa dengan ibu bapa?”

Ada mereka yang belum nak kahwin ini bukan sebab tak ada orang nak, tetapi ingin luangkan masa yang banyak dengan ibu bapa mereka. Mana tidaknya selepas kahwin nanti dah sibuk dengan anak dan pasangan, jadi dia nak habiskan masa yang banyak dengan ibu bapanya dan nikmati zaman bujangnya ini.

4. “Apa yang anda harapkan pada masa akan datang?”

Setiap orang ada impian mereka yang tersendiri. Ada yang nak bina kerjaya dengan lebih besar dan hebat lagi. Ada pula yang nak membina berkahwin dan berkeluarga. Soalan seperti ini pun boleh jelaskan rahsia hati mereka.



5. “Jangan teragak-agak untuk minta bantuan saya pada hari perkahwinan anda?”

Apabila dia sentiasa menghulurkan bantuan terhadap majlis perkahwinan rakannya, cuba untuk tawarkan dirinya perkara ini. Tentu anda akan segera mendapatkan jawapan yang anda inginkan itu.

6. “Nak kahwin nanti jangan lupa jemput.”

Ayat seperti ini pun sebenarnya dapat memberi respon yang segera dan tidak melukakan hati mereka. Ayat ini lebih berharap agar anda tidak dilupakan pada hari bahagianya nanti. Tentu sahaja dia bebesar hati dengar ayat ini.

Kadang kala kita tak tahu apa yang mereka rasai. Sebab itu, sebelum nak keluarkan kata-kata atau pertanyaan cuba pastikan perkara tersebut tidak menguris hatinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen