Bila Dah Jadi Suami Nanti, Jangan Lakukan 12 Perkara Ini Dalam Rumahtangga, Kalau Nak Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Memikul tanggungjawab dalam rumahtangga ini bukan satu perkara yang boleh dianggap enteng dan mudah. Walaupun sebagai suami yang boleh dikatakan mempunyai kuasa lebih berbanding isteri, itu tidak bermakna kuasa tersebut boleh digunakan sesuka hati dan ikut kemahuan dirinya.



Sebagai seorang suami, anda seharusnya bijak untuk menguruskan rumahtangga malah bijak membimbing isteri anda menjadi lebih baik. Bukannya menggunakan kuasa yang anda untuk melukakan hatinya. Jika ada silap maka tegurlah dengan baik, jika anda ingin perbaiki dirinya maka sama-sama perbaiki dengan dia. Bukannya membiarkan dan lepas tangan sahaja.


Mungkin jika sekali pandang, anda akan merasakan bahawa isteri ini tidak mempunyai kepentingan, tetapi ketahuilah tanpa dirinya di sisi anda, mungkin anda tak akan selesa dan bahagia seperti sekarang.



Isteri itu yang melahirkan zuriat anda sebagai penyeri hidup anda, isteri itu yang merapikan rumah agar anda pulang dengan hati yang tenang dan lapang, malah isteri juga yang membantu anda mengisi perut yang lapar. Baru itu, belum lagi jika isteri membantu mencari rezeki dan lain-lain lagi.



Dalam rumahtangga ini, kena ada saling menghormati, bertolak ansur dan juga memahami. Barulah rumahtangga yang dibina itu akan lebih bahagia kerana ada kerjasama daripada keduanya. Jangan hanya nak harapkan isteri sahaja, malah jangan nak harapkan suami sahaja untuk bahagia, sedangkan kedua-duanya perlu memainkan peranan. Seperti perkongsian Firdaus Shakirin ini, 12 kesilapan yang suami lakukan.

12 kesilapan kita sebagai seorang suami.

• Kesilapan pertama kita sebagai seorang suami ialah kita selalu merasakan diri kita betul.

• Kesilapan kedua kita sebagai seorang suami ialah kita selalu nampak salah isteri, tapi tidak salah sendiri.

• Kesilapan ketiga kita sebagai seorang suami ialah kita suka menggunakan kuasa veto.

• Kesilapan keempat kita sebagai seorang suami ialah kita tidak boleh ditegur.

• Kesilapan kelima kita sebagai seorang suami ialah kita tidak akan sesekali meminta maaf walaupun kita yang salah.

• Kesilapan keenam kita sebagai seorang suami ialah kita merasakan diri kita maksum.

• Kesilapan ketujuh kita sebagai seorang suami ialah kita terlalu ego.

• Kesilapan kelapan kita sebagai seorang suami ialah kita tidak menghargai pengorbanan isteri.

• Kesilapan kesembilan kita sebagai seorang suami ialah kita mengabaikan tanggungjawab kita terhadap isteri.

• Kesilapan kesepuluh kita sebagai seorang suami ialah kita terlalu membiarkan isteri berdikari.

• Kesilapan kesebelas kita sebagai seorang suami ialah kita membiarkan isteri menguruskan rumahtangga seorang diri.

• Kesilapan kedua belas kita sebagai seorang suami ialah kita menundukkan isteri dgn agama, tp tidak pula mengamalkannya dlm kehidupan seharian.

Suami-suami, hargai isteri anda dari sekarang. Jangan sia-siakan peluang ini. Jika anda menghargai dirinya, tentu sahaja kebahagiaan dan juga rezeki akan mendekati anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen