Hidden Hantaran Kini Jadi Pilihan Bakal Pengantin, Jimat Pun Jimat. Ini Cara Ikatannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasanya bukan satu perkara yang baru lagi mengenai hidden hantaran ini. Hidden hantaran ini bukan baru je nak muncul tetapi ia telah lama ada dan dilupakan, namun kini ia kembali lagi menawan hati-hati bakal pengantin yang bimbang jika barang hantarannya menjadi buah mulut orang. Mana tidaknya, orang sekarang ini macam-macam yang hendak dikatanya.

Telah menjadi adat orang kita dalam majlis perkahwinan ini tentu akan ada pemberian hantaran daripada pihak lelaki dan perempuan. Masing-masing tentu sahaja akan berlumba-lumba beri hantaran yang mahal agar dapat mengelakkan menjadi buah mulut orang. Itu yang kadang kala bajet perkahwinan boleh lari sebabnya nak beri barang hantaran yang mahal dan berjenama.


Kadang bukan barang hantaran sahaja yang perlukan bajet yang lebih, cara gubahan hantaran tentu sahaja perlukan bantuan dari mereka yang berkemahiran. Barulah barang hantaran akan mengikut trend terkini dan kelihatan mewah. Dari sini pun dah gunakan banyak bajet, mana tidaknya perbelanjaan perkahwinan akan menjadi lebih banyak.



Hidden hantaran ini banyak faedahnya jika dilihat secara terperinci. Antara faedahnya;

1. Tidak menambah dosa orang lain.
2. Hati lebih ikhlas dalam memberi sesuatu.
3. Tidak ada niat nak menunjuk.

Buat anda yang nak berjimat, hidden hantaran ini sememangnya sangat sesuai untuk memeriahkan majlis anda lagi. Bukan sahaja boleh cut bajet yang ada malah anda sendiri boleh melakukannya sendiri. Jadi tak perlu nak tempah atau minta bantuan dari mereka yang mahir.



Ramai yang tahu bahawa hidden hantaran ini miliki cara untuk mengikat dan membungkusnya agar kelihatan kemas. Buat yang tak tahu dan ingin memperlajarinya, boleh lihat video di bawah ini.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen