Puji Pasangan Dengan Ikhlas, Kunci Kebahagiaan Rumahtangga. Nanti Dah Kahwin Jangan Lupa Amalkan Selalu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila ada pasangan ini jangan lokek nak beri pujian dan kata-kata manis padanya. Ini kerana, setiap kata-kata yang anda berikan kepadanya itu sama seperti anda sedang menyiram dirinya. Apabila anda memberi kata pujian dan kata-kata yang baik-baik, tentu saja pasangan anda itu akan baik dengan diri anda.

Sama juga dengan anda memberikan kata-kata kesat dan kasar kepada dirinya. Tentu sahaja dia pun akan bertindak kasar dengan anda. Nampak tak bahawa kata-kata ini akan memainkan peranan terhadap emosi dan layanan pasangan anda. Sebab itu digalakkan untuk memberi pujian yang ikhlas terhadap pasangan.


Mungkin pasangan yang telah berkahwin lama tahu bahawa ini adalah salah satu kunci kebahagiaan dalam setiap hubungan. Kerana, kata-kata seperti pujian ini begitu enak dan sedap didengari bahkan mampu melembutkan hati seseorang.

Menurut profesor sosiologi dan seksolog, Pepper Schwartz menyatakan bahawa setiap orang perlukan pujian terutama dari pasangnnya. Pujian yang ikhlas dan bersederhana diperlukan setiap orang untuk memberikannya satu kepuasan, kepercayaan diri serta keyakinan diri.



Walaupun anda tahu bahawa memuji secara berlebihan akan membuatkan seseorang itu bangga diri dan merasakan dia lebih bagus, tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh memuji mereka. Puji mereka dengan kata-kata yang mudah seperti “tahniah sayang” atau “saya bangga dengan awak” adalah perkara yang ringkas.

Perkara-perkara sebegini sebenarnya mudah dilupakan oleh pasangan yang telah berkahwin bahkan menganggapnya sesuatu seperti ini tidak perlu diungkapkan secara lisan. Akan tetapi berharap bahawa pasangnnya akan memahaminya.



Tidak kiralah berapa lama perkahwinan yang telah anda dirikan bersama dengannya. Jangan lupa untuk sentiasa berikan satu pujian yang ikhlas buat kesayang anda itu. Jika tiada pencapaian yang membanggakan, anda boleh memujinya melalui perbuatannya bukan.

Jangan kedekut untuk memberi pujian kerana pujian itu adalah makanan jiwa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen