Hanya Kerana 5 Sikap Ini, Lelaki Akan Fikir Anda Menyukai Dirinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang single ini memang mudah perasan. Nak-nak lagi kalau ada mereka yang berlainan jantina datang menghampiri mereka. Mulalah rasa ada orang suka dan minat. Walaupun dianggap sebagai rakan saja, tetapi mereka ini selalu menyangka akan ada perkara yang lebih-lebih.

Biasalah orang single ini kan mudah terasa sunyi, itu yang membuatkan dia terasa sebegitu. Sebab itulah bila anda ingin mendekati orang yang single tanpa tujuan apa-apa dan hanya ingin berkawan, jangan lakukan beberapa perkara ini. Mereka ini akan mudah jatuh hati serta mudah perasan.


Berikut adalah beberapa perkara yang membuatkan mereka rasa perkara sebegini.

1. Bertanya tentang wanita yang disukai.

Kalau anda bertanya soalan seperti ini, jangan terkejut kalau dia dalam diam cuba memikat anda pula. Ini kerana, soalan sebegini merujuk kepada anda ingin menjadi wanita idamannya. Jadi kalau rasa dah ada pasangan ataupun hanya ingin berkawan saja jangan tanya soalan ini.



2. Panggil nama manja.

Kalau orang lain panggil nama formal dirinya, anda pula berlainan. Memanggil nama manja seseorang yang berlainan jantina ini kadang kala memang timbulkan salah faham. Kalian akan kelihatan rapat malah akan kelihatan seperti pasangan kekasih. Jadi jangan ada panggilan manja atau nama yang khusus buat dirinya.

3. Selalu sangat beri pujian.

Walaupun niat anda ingin menyokong atau memberi semangat pada dirinya, tapi ini sebenarnya satu perbuatan yang salah. Dimana, kalau kalian rakan kalian akan lebih banyak tegur dan perbaiki, bukannya menyokong dan bersetuju apa yang dirinya lakukan. Ini salah satu tanda anda suka pada dirinya.



4. Kerap menggunakan emoji.

Jangan tak tahu bahawa penggunaan emoji yang kerap dalam kiriman mesej ini mempunyai niat yang tersembunyi. Ya! Anda mempunyai niat seperti ingin memikat dirinya, nak-nak lagi kalau beri emoji love. Memang terus perasan si dia.

5. Bercakap pasal pernikahan.

Mungkin niat anda sebenarnya ingin bertukar-tukar pendapat. Akan tetapi ini adalah satu topik yang serius. Maka dengan itu jangan begitu mudah nak bualkan dengan mereka yang berlainan jantina. Lainlah kalau anda bualkan bersama bakal suami anda. Itu lebih selamat dan matang.

Mengapa perasaan ini timbul?

Ini kerana, tindakan anda mungkin kelihatan berlebihan sebagai seorang rakan. Dimana, jika rakannya dia lebih kepada perkara yang menjadi bahan lawak dan teguran yang kadang kala menyakitkan hati. Tapi kalau dengan ciri-ciri yang di atas ini, ia memang membuat dirinya menarik minat terhadap anda.

Jadi, jika niat anda ingin berkawan maka lakukan seperti kawan bukannya seperti seorang kekasih. Jangan biarkan orang lain berharap dan terluka kerana diri anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen