Tua Sebelum Umurnya, Cuba Lihat 5 Perubahan Paling Ketara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa sahaja tak nak kulit yang kelihatan muda ataupun awet muda ini. Nak-nak lagi kalau ia kelihatan berseri dan juga bersih, tentu semua orang mahukannya. Namun begitu, disebabkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak betul, mimpi hanya sekadar mimpi sahaja. Tak semua orang berjaya mampu mendapatkan kulit idaman mereka.

Apabila umur semakin meningkat, maka makin sukarlah nak kekalkan keremajaan kulit. Proses penuaan merupakan fitrah alami yang mustahil untuk dielakkan, namun kita boleh melambatkannya. Jika anda nak tahu sama ada anda semakin tua atau tidak, cuba lihat lima perubahan pada kulit yang paling ketara ini:


1. Kulit yang mengecut dan kering

Cuba lihat kulit di wajah, tangan, ataupun kaki anda. Kalau kelihatan kecut dan kering, itu bermakna proses penuaan telah pun bermula. Semakin meningkat usia, kolagen semakin berkurangan, dan ini menyebabkan lapisan kulit semakin menipis dan menjadi kering. Jika anda sering terdedah kepada cahaya matahari, ia akan turut mengeringkan kulit dengan pantas.



2. Garis penuaan yang ketara pada bucu mata

Juga dikenali sebagai crow’s feet, garis penuaan atau kedutan pada bucu mata ini berpunca daripada pendedahan kepada cahaya matahari dan kulit yang kurang kelembapan. Anda boleh atasinya dengan mengelakkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari, minum air yang banyak, dan menggunakan produk penjagaan kulit yang memberi kelembapan pada kulit.

3. Kulit yang semakin mengendur

Dengan meningkatnya usia, tubuh kita semakin kurang menghasilkan elastin dan kolagen yang membantu dalam menegangkan kulit. Tanpa kandungan elastin dan kolagen yang tinggi dalam kulit anda, kulit akan mudah ‘jatuh’ dan mengendur. Masalah kulit kendur boleh diatasi dengan produk penjagaan kulit yang khas.



4. Bintik-bintik atau tompok-tompok pada wajah

Semakin meningkat usia, melanosit (sel pigmen) anda akan membiak dengan lebih cepat dan seterusnya berkumpul sehingga membentuk bintik-bintik atau tompok-tompok pada kulit. Bintik atau tompok ini lebih jelas terlihat pada bahagian kulit yang paling sering terdedah kepada cahaya matahari, seperti muka anda.

5. Tona kulit yang tidak bermaya dan tidak sekata

Pipi kiri anda kelihatan gelap, manakala pipi kanan kelihatan cerah. Kenapa sampai jadi begini? Dengan meningkatnya usia, pembaharuan sel kulit anda akan berkurangan sebanyak 7% bagi setiap 10 tahun. Dengan berkurangnya sel kulit baru, sel kulit lama yang telah mati akan semakin memenuhi wajah anda, yang menyebabkan tona kulit kelihatan tidak bermaya dan sekata.

Jangan lupa lakukan senaman, jaga pemakanan serta memilih produk yang betul, barulah sentiasa awet muda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen