Jangan Ketepikan Ibu Bapa Dengan Alasan Taat Pada Suami, Bakal-Bakal Isteri Kena Ingat Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika kita ini masih lagi belum berkahwin, ibu bapa adalah tempat pelindung malah tempat memberikan penjagaan yang paling sempurna. Diberi makan pakai, dibawa ke hospital dan klinik apabila sakit malah macam-macam lagi yang ibu bapa lakukan buat anak-anaknya.

Masa belum berkahwin mereka inilah syurga kita, bahkan mereka inilah segalanya buat kita. Akan tetapi selepas kahwin, anak lelaki akan terus berbakti kepada orang tua mereka, tetapi bagaimana pula dengan anak perempuan?


Adakah selepas kahwin, anak perempuan ini terus hilang tanggungjawab dan tidak perlu mempedulikan ibu bapa mereka?

Apa yang selalunya kita faham adalah syurga seorang perempuan yang belum berkahwin di bawah tapak kaki ibunya. Bagi mereka yang telah berkahwin syurganya terletak di bawah kaki suaminya.



Walaupun tiada hadis sahih yang berkata sedemikian, namun begitu ia dapat disimpulkan bahawa seorang isteri itu mudah untuk ke syurga apabila mentaati suaminya seperti yang dijelaskan dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis.

Allah swt berfirman yang bermaksud;

Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka.

(an-Nisaa, 34)

Namun begitu, itu tidak bermakna apabila seorang anak perempuan itu berkahwin perlu melupakan segala jasa kedua ibu bapanya.

Seperti yang diperjelasakan dalam al-Quran menunjukkan bahawa perkara ini tersangatlah penting.

“Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun,bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu”

(Luqman, 31:14).

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa...”

(al-Ahqaf, 46;15)

Sebagai seorang anak, baik yang sudah berkahwin atau belum, jangan pernah sesekali kita melupakan jasa ibu bapa kita. Ingatlah penat lelah mereka ini membesarkan dan menyayangi sepenuh hati mereka kepada anda.

Jika hari ini anda melupakan jasa ibu bapa anda, bagaimana pula anak-anak kelak?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen