Selalu Sangat Sebut Mas Kahwin Ini, Tapi Bakal Pengantin Jelas Atau Tidak Mengenai Perkara Ini? Meh Ambil Tahu Sikit.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang anda semua tahu, mas kahwin setiap negeri ini adalah berlainan. Ada yang meletakkan serendah RM 24 bagi wanita bujang dan ada juga yang mencecah sehingga RM300. Semua bergantung dengan wanita mana menjadi pilihan hidup anda.

Jumlah ini berbeza mengikut perundangan syariah negeri-negeri tertentu. Namun begitu jumlah yang ditetapkan itu adalah jumlah minimum. Pengantin lelaki boleh berikan lebih daripada jumlah tersebut mengikut kemahuannya.


Mas kahwin atau mahar (Bahasa Arab: مهر‎) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah yang kelima iaitu ijab dan kabul (akad). Mas kahwin juga akan disebut dalam akad.


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka”.

(Surah An-Nisaa’ Ayat 4)

Namun begitu, masih ramai yang belum jelas akan mas kahwin ini. Jadi buat bakal pengantin, jom ambil tahu sedikit mengenai mas kahwin ini.

1. Islam tidak menentukan jumlah minimum atau maksimum mas kahwin yang hendak diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

2. Jabatan Agama Islam setiap negeri dalam negara kita sudah meletakkan jumlah minimum yang perlu dibatar. Jumlah ini tidak akan membebankan. Pengantin lelaki boleh memberikan lebih daripada nilai yang sudah ditetapkan.

3. Mas kahwin ini lebih penting berbanding wang hantaran dalam perkahwinan. Mas kahwin wajib diberikan manakala wang hantaran ini hanylah adat. Kewajipan memberi mas kahwin ini ada dijelaskan berdasarkan al-Quran, dan hadis.

Hadith Rasulullah SAW bersabda:

أَعْطِهَا وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ
Maksudnya: “Engkau berikanlah perempuan itu walaupun sebentuk cincin besi.”

Riwayat al-Bukhari (4741) dan Muslim (1425)

4. Mas kahwin ini hak pengantin perempuan sepenuhnya. Suami dilarang menggunakan wang mas kahwin yang telah diberikan tanpa kerelaan isterinya.

5. Mas kahwin yang disebut ‘tunai’ perlu diberikan sebelum pasangan suami isteri bernikah. Suami wajib membayar sebelum menyetubuhi isteri. Selagi mas kahwin belum dibayar, isteri berhak menghalang suami menyetubuhinya.



6. Jika mas kahwin disebut ‘hutang’ lalu isteri meninggal dunia sebelum sempat suami membayar, mas kahwin itu akan dijadikan harta pusaka yang perlu diwariskan mengikut ketetapan Allah.

7. Kalau suami hendak guna duit mas kahwin isteri selepas kahwin, perlu minta izin isteri dahulu. Selepas guna, perlu ganti semula sebagai menghormati hak isteri itu sendiri.

8. Mas kahwin boleh juga diberikan dalam bentuk sesuatu yang bermanfaat seperti emas dan al-Quran.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen