Untung Orang Lelaki Pakai Cincin Ini, Bukan Sahaja Dapat Buat Isteri Tersenyum, Pahala Pun Dapat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki pakai cincin? Tak macholah. Orang lelaki yang memakai ini memang sukar nak ditemui. Kalau ada pun tentu dia baru kahwin. Mana tidaknya, lelaki yang dah berkahwin ini akan pakai cincin untuk sebulan dua je, lepas itu memang tak pakai cincin dah. Malu katanya.

Ramai orang lelaki tak tahu bahawa, lelaki yang memakai cincin ini sangat disukai wanita. Bukan hanya itu sahaja, jika seorang lelaki pakai cincin dia bukan sahaja dapat pahala malah membuatkan hati si isteri gembira.



Buat suami-suami dan bakal suami orang, jangan lupa sarung semula cincin perkahwinan anda itu. Jangan nak simpan dalam laci sangat. Bukan sahaja buat isteri gembira akan tetapi tarik perhatian wanita lain juga. Hahaha....

Sedikit perkongsian Bijen Mohd di laman Facebooknya mengurai rahsia dan kelebihan suami memakai cincin kahwin. Bagi yang lama tak pakai itu, jom amalkan semula.



Tak lama lagi, insyaAllah genaplah 5 tahun usia perkahwinan saya dan isteri. Saya lihat di jari, masih tersemat cincin perkahwinan kami. Romantik bukan? (Err…)

Bagi orang perempuan, pakai cincin kahwin itu biasa. Tapi orang lelaki, cukuplah pakai sebulan atau setahun dua saja. Bukan apa, tugas harian orang lelaki membuatkannya tak berapa relevan untuk dipakai sentiasa.

Tak percaya cubalah check tangan mereka, berapa kerat saja yang masih ada cincin kahwin di jari? Boleh kira dengan jari.

Saya sebenarnya pun sama, rasa geli.

Hinggalah pada satu hari, ketika daurah kitab Syamail Muhammadiah, tuan guru mensyarahkan bab cincin Nabi.

Beliau beritahu cukup seseorang itu memakai cincin pinjam walau seketika, dia sudah pun mendapat pahala.

Maksudnya di sini, Ali jumpa Abu. Ali cakap pada Abu nak pinjam cincin dia.

Abu melurut keluar cincin dari jarinya dan memberikan kepada Ali. Ali menyambut cincin tersebut lalu menyarungkan ke jari manisnya.

Selepas beberapa saat, Ali pun menanggalkan dan memulangkannya kepada Abu dengan ucapan terima kasih.



Itupun sudah dikira mendapat pahala Sunnah. Wahh! Mudah sangat nak dapat pahala.

Lepas dengar saja perkara itu, saya terus bersemangat nak beramal. Bila balik rumah, saya pun carilah apa cincin yang ada sehinggalah terjumpa cincin kahwin dulu kala.

Saya tabahkan hati memakainya. Niat nak amal Sunnah semata-mata.

Nak dijadikan cerita, isteri bila tengok kita pakai cincin kahwin yang dia bagi dulu, hatinya pun mula berbunga-bunga. Amboi!

Rupanya orang perempuan ni bahagia bila kita memakainya. Mungkin dia rasa kita akan sentiasa ingat padanya. Ataupun sebagai petanda kepada makwe-makwe di luar sana bahawa lelaki tersebut sudahpun berpunya.

Kurang-kurang kalau lelaki dia nak pergi karaoke waktu dia tengah berpantang, tengok cincin teringatlah juga. Eh!

Tapi seriuslah. Bila pakai cincin kahwin ni rasa macam cinta tu segar-bugar saja. Rasa macam baru kahwin pun ada. Sudahlah amal Sunnah dapat pahala berganda, gembirakan isteri pun ada pahalanya.

Orang perempuan, setujukah anda?

Pengantin Baru Anak Dah Dua

#BijenMohd
#RumahTanggaKorporat

P/s: Ini heart beat cinta kanda bila teringatkan dinda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen