Masih Tercari-Cari Pasangan Hidup, Jom Sama-Sama Amalkan Doa Memohon Jodoh & Keturunan Yang Baik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang yang masih lagi bujang sudah tentu tidak sabar untuk bertemu dengan jodoh mereka. telah menjadi satu fitrah manusia dia mana dia ingin rasa disayangi dan dicintai oleh sesama mereka. Bukan itu sahaja, setiap insan tentu saja mahukan seorang pasangan yang mampu membimbing kita menuju ke arah kebaikan dan mendapat keredhaan Allah.

Jodoh ini bukan diukur mengikut paras rupa, pangkat serta kekayaan yang mereka miliki. Akan tetapi niat, keikhlasan serta kejujuran yang mereka miliki. Kalau boleh biarlah bersama pasangan yang mahu bersama-sama menuju ke jalan Allah.


Namun begitu, tak semua orang begitu bernasib baik dalam jodoh ini. Ada mereka yang mampu bertemu dengan jodoh mereka disaat yang muda, ada pula yang sebaliknya. Sebagai seorang hamba, jangan sesekali kita menyalahkan Allah dalam perkara ini, akan tetapi cuba lihat kekurangan diri anda perbaiki segala kekurangan yang ada.



Ada orang mungkin akan mengubah penampilan diri mereka, namun begitu penambahbaik akan kerohanian adalah lebih penting sebenarnya. Bukan itu sahaja, jangan lupa untuk memohon dan sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan pasangan yang baik. Sudahkah kita lakukan?

Jangan berjumpa dengan bomoh ataupun dukun hanya semata-mata anda masih belum bertemu jodoh. Ini kerana, semua perkara itu adalah syirik dan khurafat dan tiada keberkatan dalam hubungan anda kelak. Jangan sesekali gunakan ilmu hitam untuk memikat seseorang, itu semua berdosa.

Lebih baik anda amalkan doa ini dan mohonlah diberikan pasangan dan juga keturunan yang baik-baik.




Mudah-mudahan jodoh yang baik menanti anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen