Oh Si Queen Control.

Jolokan ‘Queen Control’ pastinya mengundang gentar lelaki. Seolah-olah tiada tenaga untuk melawan, sedangkan punya kudrat yang upaya. Wanita sebegini perlu ada taktik tersendiri untuk menundukkan mereka, Ada beranggapan tidak semua Queen Control pemerintah ‘kuku besi’ dalam setiap perhubungan. Benarkah dakwaan ini?



Siapa queen control?

‘Queen Control’ merupakan istilah biasa digunakan merujuk kepada wanita yang sudah bersuami tetapi dia berkuasa dalam organisasi tersebut. Ini termasuk daripada perihal kewangan, arahan, kebajikan sehinggalah hala tuju. Sedangkan sudah menjadi lumrah suami adalah ‘ketua keluarga’ dan si isteri haruslah patuh pada segala arahannya. Namun, jangan anda terkejut jika ada yang beranggapan wanita menjadi ‘queen control’ disebabkan oleh perangai si suami itu sendiri. Malah, si isteri terpaksa menjadi ‘queen control’ bagi menyelamatkan rumah tangga.



Lelaki adalah penyebab.

Ya, kajian membuktikan ada beberapa punca disebabkan oleh kaum lelaki itu sendiri. Antaranya ialah:

1. Suami gagal menjalankan peranan sebagai ketua keluarga, lalu si isteri terpaksa mengambil alih.

2. Suami pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri bertindak mengawal tindak tanduk suami dengan harapan pengabaian tanggungjawab tidak berulang lagi.

3. Kegagalan suami mengawal si isteri dalam rumah tangga. Yakninya tidak tegas dalam terlalu berlembut.

Namun, tidak semuanya berpunca daripada lelaki. Ada jua disebabkan golak perasaan dan emosi wanita sendiri. Contohnya, trauma dalam perhubungan, ego akibat kejayaan melebihi lelaki dan lain-lain. Terdapat dua jenis ‘queen control’ iaitu yang memberikan kebahagiaan dalam rumah tangga dan yang membebankan suami serta menimbulkan kekecohan di dalam rumah tangga.



Tip berhadapan (buat bacaan kaum lelaki).

1. Jadilah lelaki sebenar. Maksudnya, lebih bertanggungjawab, tegas dan punya keperibadian yang baik.

2. Jika anda pernah tersilap langkah, yakinkan si isteri anda sudah berubah ke jalan lebih baik.

3. Jika si isteri ‘queen control’ bukan kerana anda, anda harus bersedia ambil risiko dengan memberi nasihat dan ubah sikapnya.

4. Ingatkan si dia semula tentang ketetapan syarak bahawa lelaki adalah ketua keluarga. 

“Sekarang ramai para isteri kerja lebih tinggi daripada suami.

Mereka jadi ego bermula dari pejabat dan terbawa ke rumah. Langkah

yang patut diambil ialah berbincang dengan cara baik”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen