Nak Muka Berseri Sebelum Majlis Bersanding, Bakal Pengantin Kena Amalkan Ini 3 Bulan Dari Sekarang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap bakal pengantin tentu sahaja bimbang akan kulit wajah mereka. Kalau boleh, saat bersanding nanti mereka ini miliki kulit wajah yang berseri, glowing malah flawless. Sebab itu sebulan sebelum naik pelamin, bakal pengantin sudah mula menjaga itu ini. Eh tapi sebulan cukup ke nak dapat itu semua?

Jika memiliki kulit wajah yang berseri, glowing serta flawless ini, tentu sahaja disertakan sekali dengan makeup akan membuatkan pengantin lebih menawan dan juga membuat tetamu terpukau akan kecantikan pengantin. Tentu sahaja, pengantin mampu tarik perhatian segala tetami yang hadir.


Oleh itu, pentingnya penjagaan kulit dan tubuh badan agar kita kelihatan sihat, ceria, berseri di hari perkahwinan. Tak perlu jampi serapah bagai, cukup memberi fokus pada kesihatan tubuh dan wajah 3 bulan sebelum bersanding.

3 bulan okay! Sebulan tak cukup nak jaga itu ini.

Petua 1: Amalkan memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari.



Cara:

Ambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi. Kemudian, makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut satu persatu. Cuba amalkan untuk kita naikkan seri wajah bakal pengantin.

Petua 2: Basuh muka dengan air rebusan daun sireh.



Cara:

Ambil segenggam daun sireh bersaiz besar dan rebus di dalam air putih sehingga warna air berubah kehijauan.Selepas itu, gunakan air rebusan itu tadi untuk cuci wajah kita. Tapi, jangan terlalu cepat waktu nak basuh muka tu. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk.

Kelebihan air rebusan daun sireh ni untuk elakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka.

Oh ya, lagi satu manfaat air rebusan sireh ini boleh diguna sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik.

Petua 3: Gunakan timun sebagai Eyemask.



Cara:

Hiriskan timun satu-peratu. Pastikan hirisan tidak terlalu nipis, tidak terlalu tebal. Dalam masa 30 minit, tekapkan bahagian mata dengan hirisan timun tadi. Basuh dengan air suam setelah selesai. Amalkan sebelum waktu tidur malam. Manfaat petua timun sebagai Eyemask ni antaranya menghilangkan lebam bawah mata atau kita sebut sebagai Eye Bag. Selain itu boleh juga hilangkan rasa tak selesa pada mata sebab selalu tidur lewat atau kerja lewat malam. Paling best, timun ni khasiatnya boleh tegangkan otot-otot dibawah mata.

Petua 4: Jangan lupa gunakan skincare yang sesuai.



Kalau boleh jangan tinggal 5 basic dalam skincare untuk pastikan kulit anda dapat kesan seperti yang anda mahukan. Antaranya, pencuci muka, toner, moisturizer, sun screen dan scrub seminggu dua atau tiga kali sahaja. Tapi jika anda bermakeup atau apa pun, jangan lupa untuk double cleaning wajah anda barulah bersih dengan betul.

Akan tetapi kalau dah nak dekat majlis, anda tidak digalakkan untuk makeup yang tebal. Orang tua kata takut tak berseri nanti masa kahwin.

Petua 5: Lobak sebagai masker



Cara:

Hiris lobak dengan halus. Lebih elok gunakan pemarut untuk dapatkan tekstur sehalus mungkin. Ratakan seluruh wajah dengan hirisan lobak halus tadi sehingga ia seperti mask pada muka. Rehatkan badan, biarkan selama 30 minit kemudian bilas masker tadi dengan air suam.

Kelebihan lobak yang kaya dengan Vitamin E, ia membantu untuk hilangkan parut dimuka dan yang paling best dapat melembabkan kulit muka kita. Barulah muka tak nampak kering dan kusam. Tapi, kena jadikan amalan tau, bukan sekali buat terus jadi.

Selamat mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen