"Niat Berkahwin Kerana Allah, Jangan Berlandaskan Nafsu Semata-Mata..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkahwin kerana ingin elak daripada maksiat?

Berkahwin kerana ingin penuhi keinginan?

Berkahwin kerana ingin kumpul pahala?

Berkahwin kerana Allah?


Perkahwinan ini bukan satu perkara yang boleh dibuat main, bukan hari ini anda berkahwin esok lusa anda nak bercerai pula. Perkahwinan ini kalau boleh berlaku hanya sekali sahaja dalam hidup anda, akan tetapi jika berlaku lebih tentu Allah sedang merancang yang terbaik buat diri anda.

Pernikahan adalah salah satu dari ibadah. Dimana penyatuan dua jiwa lelaki dan perempuan yang sah di sisi syarak dengan niat mengelakkan maksiat dan meramaikan umat Rasulullah saw. Allah menjadikan institusi perkahwinan ini adalah untuk memenuhi tuntutan seksual manusia dan jalan mendapatkan zuriat.



Apa yang dimaksudkan ‘Kahwin kerana Allah’?

“Segala amalan adalah berdasarkan niat, setiap orang mendapat apa yang diniatkan. Justeru, barang siapa penghijrahannya adalah kerana Allah swt dan Rasulullah saw, maka ianya akan menuju kepadaNYA.

“Sesiapa yang penghijrahannya kepada dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini, maka penghijrahannya adalah hanya untuk apa yang diingini”
(Hadis sahih Bukhari dan muslim)

Hadis berkenaan jelas menunjukkan bahawa niat kita akan membawa kepada apa yang kita inginkan. Jika perkahwinan dibina kerana Allah, maka kita peroleh redhaNYA. Jika perkahwinan berlandaskan kepada duniawi dan wanita yang dicintai semata-mata, maka kita hanya peroleh bahagia dunia sahaja.



Betulkan niat perkahwinan anda, jangan berlandasakan nafsu semata-mata.

Apabila anda berkahwin kerana Allah, anda tahu bagaimana nak jalankan tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Malah anda juga tahu bagaimana nak gali dan bina rumahtangga yang bahagia. Ini kerana, kalian berdua bersungguh-sungguh lakukan kerana Allah, sebab itu ada team work yang baik. Perkahwinan adalah sebagai pembentukan keluarga sebagai melaksanakan misi hamba dan khalifah dalam perjalanan menuju akhirat. Inilah asas yang paling kukuh dan niat yang paling murni ‘kerana Allah’. Ini bermakna perkahwinan adalah suatu tanggungjawab.



Jika anda berkahwin hanya kerana nafsu semata-mata, dalam kehidupan seharian anda tidak endahkan peraturan Allah, batas hukum diketepikan malah segalanya anda lakukan kerana nafsu semata-mata langsung tidak takutkan Allah. Bila berkahwin kerana nafsu semata-mata, esok lusa tentu anda akan mula bosan akan segalanya. Mula merasakan bahawa perkahwinan ini tidak menyeronokkan malah mula mendekatkan diri dengan zina.

Cintai dan kasihi pasangan anda kerana Allah, bukan kerana nafsu semata-mata. Ini kerana, nafsu itu adalah dorongan syaitan yang menyesatkan manusia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen