Selesai Saja Akad Nikah, Bakal Pengantin Jangan Lupa Untuk Lakukan 4 Perkara Ini.

Apabila berlakunya akad nikah maka ia bermulalah satu perjalanan baru dalam hidup seseorang. Tidak kiralah anda akan bergelar seorang suami mahupun isteri, tentu sahaja akad nikah ini yang menghalalkan hubungan kalian berdua.

Perkahwinan ini adalah saat yang membahagiakan buat sesiapa sahaja. Dengan perkahwinan ini, mampu mengeratkan hubungan silaturahim, mengekalkan keturunan, malah ia juga jalan mengumpul pahala buat pasangan suami isteri.


Setiap manusia yang dijadikan Allah swt agar berpasang-pasangan, cuma yang membezakannya adalah cepat atau lambat dia bertemu dengan jodohnya itu. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Dhariyat ayat 49 yang bermaksud: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.”

Selepas seleasi akad nikah, jangan lupa untuk melakukan beberapa perkara sunat, ini adalah permulaan hidup baru maka mulakan sesuatu yang memenuhi rasa syukur anda kepada Allah swt.

1. Solat sunat selepas akad nikah



Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”

Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.

Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.Membaca doa selepas salam.

2. Sujud syukur



Lafaz Niat : ”sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala” Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.

Sujud sebanyak 1 kali. Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat. Memberi salam.

3. Suami letakkan tapak tangan di ubun-ubun isteri sambil membaca doa



“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).

4. Isteri bersalaman dengan suami dan mengucap 2 kalimah syahadah



Akhir sekali, si isteri sunat bersalaman sambil mencium tangan si suami sambil mengucapkan dua kalimah syahadah. Ini sebagai tanda hormat dan kasih sayang kepada suami iaitu ketua keluarga.

Namun begitu, anda perlu berhati-hati kerana anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri, dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.

Semoga ini bermanfaat buat pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, jangan lupa untuk kongsi bersama pasangan anda.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen