"Jangan Berdendam Bila Hubungan Tak Menjadi Seperti Diharapkan..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua orang bernasib baik dalam hubungan mereka. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita itu hanyalah ujian malah kadang kala ia hadir disebabkan ingin memberi pengajaran yang bermakna dalam hidup. Mana boleh pandang setiap kesedihan dan kelukaan itu dari sudut negatif sahaja, sekali sekala pandang juga dari positifnya.

Apabila berlakunya perpisahan, ada orang akan menyimpan dendam atau rasa tidak puas hati terhadap seseorang. Yang mana, ia mungkin dianggap punca mengapa berlakunya perpisahan dalam hubungan tersebut.


Boleh jadi, ia menjadi punca kepada;

1. Perpisahan dalam percintaan.

2. Putus satu ikatan pertunangan.

3. Pencerian dalam sebuah perkahwinan.

Siapa sangka perkara ini terjadi dalam satu hubungan yang disayang dan membahagiakan. Namun begitu, ia bukannya menjadi satu punca untuk anda menyimpan dendam malah rasa tak puas hati yang tidak sepatutnya.



Ini kerana, tiada guna menyimpan dendam setelah hubungan yang dibina itu tidak berpanjangan. Adalah lebih baik kalau anda move on dan mengambil langkah yang baru. Bukan apa, selagi anda menyimpan dendam dan rasa tak puas hati, maka anda juga akan semakin sukar untuk rasai kebahagiaan.



Apa yang boleh anda lakukan apabila terlibat dalam hubungan seperti ini;

1. Move on dan redha. Kejar kebahagiaan anda sendiri daripada terus menerus berdendam.

2. Percaya bahawa setiap yang berlaku ada pengajaran dan hikmah yang tersembunyi. Mana tahu akan ada yang lebih baik datang.

3. Ada yakin bahawa anda mampu melalui segalanya dengan mudah, malah hidup baru akan lebih bahagia.

4. Kejar sesuatu yang anda rasa selama ini anda tak mampu miliki. Di situ anda akan temui kebahagiaan anda.

Buat apa anda nak mengeluh dan berdendam terhadap hubungan yang sudah tiada ikatan. Walaupun apa pun punca perpisahan itu berlaku, tentu sahaja ada kebaikan yang tersembunyi yang anda belum boleh lihat lagi.

Apa guna anda ingin terus menerus memusnahkan diri dan hati anda dengan dendam yang belum tentu terbalas. Lebih baik nikmati hidup anda dan mencari kebahagiaan baru.

“Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.” Si dia pergi, ramai lagi yang menanti. Semoga bahagia!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen