Wanita Selalu Bimbang Akan Perkara Ini Bila Dalam Hubungan, Sebab Itu Kadang Kala Ia Kelihatan Sedikit Over.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dah nama perempuan ini memang tak akan lari dari overthinking. Banyak perkara yang akan difikirkan secara berlebihan hingga kadang kala ia memberi kesan kepada tindak tanduknya malah ia juga yang membuatkan dirinya sendiri hilang keyakinan dan sentiasa rasa kebimbangan.


Tapi yang paling jelas, mereka ini selalu sangat akan berdepan akan perkara ini apabila jalinkan hubungan. Sekejap fikir itu, sekejap fikir ini. Semua yang difikir itu adalah perkara yang negatif, itu yang membuatkan dia pun makin lama makin pelbagai ragam dengan pasangan.

Namun begitu, ada beberapa hal yang membuatkan dia ini benar-benar bimbang akan apabila jalinkan hubungan ini. Berikut adalah 5 perkara kebimbangan orang perempuan.



1. Bimbang kalau tak cantik dihadapan pasangan.

Sikit-sikit tanya, cantik ke tak. Kejap-kejap tanya, sesuai tak gayanya hari ini. Macam-macam yang ditanya berdasarkan penampilan mereka ini kerana bimbang kalau dirinya ini tak cantik depan pasangannya. Malah risau kalau gaya penampilan dirinya tak sesuai macam yang pasangannya mahukan. Sedangkan dia memang sentiasa cantik di mata pasangannya.

2. Bimbang tak sesuai dengan pasangannya.

Terlalu fikirkan apa yang orang akan kata membuatkan dia rasa dia tak sesuai dengan pasangannya. Itu yang mula cetuskan pergaduhan dan tidak percaya pasangan. Sebabnya dia tak yakin bahawa pasangannya itu sesuai atau tidak untuk dirinya. Memang pening kepala kalau ikutkan apa orang kata ini.



3. Bimbang kalau tak diterima keluarga pasangan.

Siapa-siapa sahaja tentu akan berdepan dengan kebimbangan seperti ini. Sebab itu kadang kala orang perempuan ini akan terover sedikit dalam mengambil hati ibu bapa pasangan. Sebabnya, mereka ini ingin diterima oleh keluarga pasangan dengan hati yang terbuka.

4. Bimbang dia bukan seperti yang anda inginkan.

Setiap orang ada calon idamannya sendiri bukan. Inilah yang membuatkan orang perempuan cuba menjadi macam-macam orang. Dari segi penampilan dan juga kelakuan. Ini kerana, dia mahu menjadi gadis idaman pasangannya walaupun kadang kala nampak macam fake pula.



5. Bimbang kalau anda berubah hati.

Orang perempuan ini kalau dah sayang, memang dia akan sayang gila-gila punya. Sebab itu dia sanggup susah dan senang dengan orang yang dia cintai. Namun, dia bimbang kalau-kalau pasangan yang dia cintai itu akan berubah hati memilih orang lain berbading dengan dirinya.

Orang perempuan ini memang mudah nak bimbangkan semua benda. Namun begitu, sebagai pasangnnya anda perlu bijak untuk ambil hati dan memainkan peranan. Barulah tak ada semua ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen