“Kahwin Ini Bukan Main Pondok-Pondok Bila Hati Rasa Berbunga Terus Nak Kahwin, Kena Bersedia Nak Pikul Tanggungjawab Dulu...”

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan nak kongsi kalau kahwin awal itu tidak bagus,

Bukan nak cakap kena kenal lama-lama,

Tetapi kadang kala diri sendiri tak sedia tapi sebab dah angau ambil keputusan terburu-buru.

Sesiapa sahaja tentu ingin rasa dicintai dan mencintai. Mana tidaknya, perasaan inikan fitrah manusia yang tak dapat dibendung malah dikawal oleh sesiapa walaupun diri sendiri. Sebab itulah manusia ini hidup berpasangan bagi memenuhi keinginan tersebut.

Cinta yang hadir itu satu perkara yang tulus bagi sesetengah orang, malah ada juga yang menganggap bahawa cinta itu sekadar mainan sahaja. Apabila sampai tarikh luput, maka cinta itu akan hilang bersama kenangan yang dibina.


Ada orang kata cinta itu buta, mana tidaknya masa sayang dan terlalu cinta sanggup sahaja makan nasi bersama telur goreng dan kicap. Tak cukup dengan itu, ada juga yang sanggup didera mental dan fizikal kerana cintanya yang begitu kuat.

Masa bercinta ini, masa tengah angau teruk ini memang macam-macam janji akan tertunai. Malah segala perkara sanggup dihadapi bersama-sama, akan tetapi bila telah menjadi suami isteri yang sah. Mula lupa segala janji, mula lupa segala kemanisan serta lupa segala cinta yang setengah mati.



Berkahwin dan bercinta ini berbeza.

Mungkin masa cinta, dia kata dia sanggup susah senang dengan anda. Sanggup terima segala buruk baik anda. Malah ada juga yang sanggup jaga sakit senang anda. Akan tetapi bila sudah kahwin, tak semua pasangan akan kekal di sisi hanya kerana perkara ini. Ada baru susah sikit, dia yang mula-mula angkat kaki.

Perkahwinan ini bukan nak tamatkan angau anda bersama pasangan anda. Akan tetapi perkahwinan ini adalah salah satu perjalanan yang panjang bersama pasangan anda untuk mengejar redha Allah, malah menjaga segala amanah yang Allah telah berikan kepada anda. Nampak macam senang, akan tetapi bila dah lalui baru anda tahu peritnya.



Cinta sahaja tak cukup untuk berkahwin. Mungkin hari ini anda kata anda cinta dia, tapi esok luas siapa tahu segalanya akan berubah.

Kalau cinta ini, anda sanggup berenang di lautan api demi kejar cinta dirinya. Akan tetapi, perkahwinan ini, anda dan pasangan sama-sama kena berenang di lautan api untuk rasa kebahagiaan bersama yang bukan untuk sehari dua tetapi sehingga hujung nyawa.



Sebab itu, masa anda tengah angau dan begitu cinta, anda tak fikir pun adakah diri anda sedia untuk berkahwin atau tidak. Apa yang anda fikir adalah bagaimana nak dapatkan dirinya sahaja, tetapi setelah dapat, mula tak hargai pasangan.

Jadinya, nak kahwin ini bukan hanya perlukan cinta sahaja tetapi perlukan juga persediaan nak pikul tanggungjawab. Bahkan jangan lupa untuk kenal hati budi pasangan anda dahulu, barulah boleh ambil langkah seterusnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen