Perempuan & Rasa Malu Memang Tak Dapat Dipisahkan, Ini Cara Anda Untuk Tampil Lebih Yakin Bila Berdepan Dengan Si Dia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita mana yang tidak mempunyai rasa malu bila berdepan dengan orang lelaki. Wanita mana yang begitu berani untuk berjumpa dengan seseorang yang disukai. Wanita mana yang begitu yakin berjumpa dengan orang lelaki.

Tentu sahaja ramai wanita yang malu nak berdepan dengan orang lelaki, nak-nak lagi jika ini adalah pertama kali berjumpa. Wanita ini penuh dengan rasa malu yang tak diduga. Namun begitu, rasa malu ini bukan asbab untuk dia tak berani untuk tonjolkan dirinya.


Bahkan rasa malu ini juga asbab untuk dia tidak berusaha mencari jodoh. Sudah dinamakan jodoh, sudah tentu perlukan usaha dan bukannya datang bergolek. Jadi bagaimana seorang wanita ingin tampil yakin apabila berdepan dengan seseorang yang disukainya.

1. Tahu kekuatan diri.

Ini adalah perkara yang paling peting sebenarnya. Apabila anda tahu kekuatan diri anda, maka anda akan lebih mudah untuk menggunakannya. Ada orang mempunyai kekuatan dari segi penampilan, komunikasi serta tindakan. Semuanya bergantung kepada anda untuk gunakan kekuatan anda bagaimana.



2. Pakaian yang sesuai.

Biasa rasa lebih yakin dan confident itu akan lebih kuat apabila anda mengenakan pakaian yang sesuai dengan diri anda. Di mana, anda menjadi diri anda sendiri bukannya menjadi orang lain. Sebagai contoh, anda mengenakan pakaian yang anda selesa bukannya pakaian yang digayakan oleh orang lain yang membuatkan anda tak selesa.

3. Keadaan dan susana yang selesa.

Bila ada temu janji atau satu perbualan, pastikan anda dalam keadaan yang selesa serta mood yang baik. Ini kerana, kalau anda terlalu bimbang ataupun dalam keadaan mood yang kurang baik, tentu sahaja temu janji itu tak akan berjalan dengan lancar malah hanya akan menyebabkan suasana kekok sahaja.



4. Tahu kekuatan pasangan anda.

Sebelum berjumpa dengan dirinya, pastikan anda sudah tahu apa kekuatan yang dirinya miliki. Jika dia seorang yang bijak dalam perbualan, maka anda pun kena ada idea terhadap perkara itu. Jika dia mahir dalam penampilan, pastikan anda juga mampu pikat dirinya dengan penampilan anda. Tahu kekuatan pasangan untuk buat dirinya tertarik dengan anda.

5. Percaya diri.

Jangan pernah timbulkan rasa ragu-ragu, timbulkan kebimbangan atau apa pun. Cuba untuk percaya akan diri anda bahawa anda mampu memulakan langkah pertama. Jika anda tak percaya diri, tentu sahaja anda tidak berani untuk tonjol ke depan.

Selain penampilan diri, keyakinan juga akan menyerlahkan lagi diri anda. Maka dengan itu, sentiasa yakin dan buang segala perasaan malu. Kalau anda merasakan anda tak yakin akan perkara ini, minta pandangan dan sokongan dari mereka yang positif.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen