Bila Dah Kahwin Nanti, Jangan Lupa Utamakan Allah Dahulu Barulah Yang Lain-Lainnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Cakap pasal rumahtangga yang bahagia, tentu sahaja ramai yang berpendapat bahawa mereka ini tahu cara yang betul untuk mengegalkan rumahtangga tersebut. Sedangkan nak rumahtangga yang bahagia ini bukan hanya harapkan pasangan sahaja tetapi lebih kepada harapkan diri sendiri dahulu.


Ada yang cakap nak rumahtangga bahagia ini;

• Komunikasi kena bijak.
• Tahu hormat pasangan.
• Bertolak ansur.
• Bertanggungjawab.

Perkara-perkara ini penting, memang agak penting dalam hubungan. Akan tetapi sebagai orang Islam, ada yang lebih penting dalam hubungan selain daripada perkara tersebut. Sama-sama kita hadam perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini.

Tapi semua itu takkan terjadi sekiranya kita tidak meletakkan agama dan Allah s.w.t sebagai landasan dalam kita mencapai apa yang kita impikan...



Jika kita tanya apa rahsia sesebuah rumahtangga yang bahagia dan bagaimana caranya mereka mengekalkan hubungan itu sehingga berpuluh-puluh tahun, maka jawapannya meletakkan agama dan Allah s.w.t dalam kehidupan harian...

Tahu batas untuk setiap pergaulan, tahu had-had yang dibenarkan agama untuk setiap perbuatan, melakukan perkara-perkara yang disuruh agama, meninggalkan perkara-perkara yang dilarang agama dan menunaikan hak-hak dan kewajipan yang sepatutnya ditunaikan...

Perlanggaran terhadap apa yang dinyatakan akan membuatkan rumahtangga itu kucar kacir...



Nowadays, banyak rumahtangga yang runtuh sebab apa...pasangan tak solat, pasangan ambik benda terlarang, pasangan tidak menunaikan kewajipan, pasangan curang dan sebagainya...

Sebab apa jadi macam tu?

Sebab membelakangkan hukum hakam Allah s.w.t dalam kehidupan hariannya...jadi, sekiranya anda mahu rumahtangga yang bahagia, keluarga yang sakinah selepas berkahwin, maka tips-nya hanyalah satu...

Hubungan pasangan dengan Allah...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen