Wanita Suka Sangat Berleter, Baik Segera Kurangkan Tabiat Itu Kalau Nak Suami Sayang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita dengan tabiat berleter ini memang tak boleh dipisahkan. Nak-nak lagi kalau selepas kahwin, makin kuat dan makin lama dia punya leteran. Berlainan pula dengan lelaki, jarang sangat nak tengok orang lelaki berleter baik sebelum atau selepas kahwin.

Ada yang berpendapat bahawa setiap leteran wanita itu adalah nasihat dan teguran yang berguna buat orang yang mereka sayang, namun sejauh mana kebenarannya itu tidak dapat diketahui. Apa yang paling penting, wanita ini memang suka sangat berleter.


Mungkin wanita sudah merasakan sebati dengan leteran yang selalu dilakukan terhadap orang yang mereka sayangi. Namun begitu, ada kesan buruk akibat leteran yang wanita perlu tahu.

1. Leteran jadikan hubungan tak baik.

Baik rakan-rakan, adik beradik, pasangan serta anak-anak anda tentu sahaja akan kurang gemar mendekati anda kerana takut akan leteran anda itu. Mana tidaknya, kalau perkara yang kecil pun nak diperbesarkan tentu sahaja ramai yang tak mahu dekat. Mungkin bagi anda itu adalah cara teguran kasih sayang, namun begitu tak semua orang selesa dengan cara anda.



2. Leteran akan membuatkan anda kelihatan lebih tua.

Jangan terkejut, setiap leteran anda itu sebenarnya hanya akan membuatkan anda kelihatan lebih tua dari sepatutnya. Mana tidaknya, anda yang beria-ria memikirkan masalah orang lain, itu yang tua tanpa sedar itu. Kalau nak nampak awet muda, kenalah kurangkan leteran.

3. Cepat letih.

Mudah terasa penat? Tentu sahaja kerana anda suka berleter. Ini kerana, setiap leteran yang panjang itu hanya membuatkan diri anda penat sahaja. Mana tidaknya, bercakap setiap masa tentu sahaja akan memenatkan diri anda bukan? Lebih baik anda simpan tenaga anda itu untuk perkara yang berfaedah.



4. Pasangan menjauh.

Ini yang paling menakutkan sekali sebenarnya. Setiap orang yang kuat berleter ini tentu sahaja suka berleter terhadap pasangannya, maka dengan itu pasangannya akan membina jarak dengan diri anda. Mungkin anda ingin beri nasihat dan teguran yang berguna, akan tetapi berpada-pada, jangan sampai menyakitkan hatinya.

5. Kelihatan makcik-makcik.

Mungkin akan ada yang kata comel kalau tengok pasangannya berleter, akan tetapi itu kalau yang jenis biasa-biasa je. Tapi kalau jenis yang berleter tak tahu nak berhenti ini, tentu sahaja akan membuatkan anda ini kelihatan macam makcik-makcik. Tak sesuai dengan umur yang masih muda itu.

Nak berleter atau memberi teguran ini tak salah, akan tetapi jangan sampai orang sekeliling tak selesa dengan diri anda. Cuba kalau anda kurangkan leteran itu, tentu nyaman hidup anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen