Jangan Tak Percaya, Ubi Keledek Mampu Turunkan Berat Badan. Bakal Pengantin Bolehlah Cuba Tips Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila nak naik pelamin ini, ramai orang akan cuba untuk dapatkan bentuk badan yang idel. Mana tidaknya, dihari persandingan nanti mereka ini akan menjadi tumpuan orang ramai. Sebab itu, kalau boleh nak nampak kurus sikit pun dah okay dah.

Akan tetapi, semuanya ini bukan satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi kena jaga makan, bersenam malah yang paling sedih bila diet itu tak kena dengan badan anda. Itu yang membuatkan badan sukar nak kurus malah maintain sama je.

Kalau dulu rasanya ada tips mengenai diet buah tembaikai, namun begitu ramai yang tak berjaya lakukan sebab tak kenyang. Ada juga diet suku-suku separuh, diet IF dan macam-macam lagi lah. Tapi kali ini kita cuba diet guna ubi keledek pula.


Ada apa dengan ubi keledek?

Sejak berkurun lama, ubi keledek telah menjadi antara pilihan makanan utama untuk segelintir individu. Ia merupakan tumbuhan daripada kategori sayuran. Ia yang kaya dengan pelbagai vitamin, khususnya vitamin A berperanan untuk menyokong kesihatan organ; mineral dan sebatian tumbuhan yang dipanggil fitonutrien.

Ubi ini merupakan salah satu jenis pilihan makanan yang berkhasiat dan lazat. Ia merupakan pilihan alternatif untuk kentang, ubi ini telah dibuktikan secara saintifik dapat membantu individu yang mempunyai keinginan untuk mengurangkan berat badan. Tetapi betul ke ia adalah salah satu jenis diet pemakanan yang baik?



Diet ubi keledek

Seperti namanya, diet ini memerlukan anda untuk menggunakan ubi sebagai salah satu bahan dalam diet anda, selain makanan pembakar lemak lain seperti yogurt, sayuran, dan makanan berserat tinggi.

Dikatakan dengan mengikuti diet ubi ini selama tiga hari, anda akan dapat melihat perbezaan dalam aspek penampilan dengan pengurangan berat badan sehingga 2 kilogram (kg). 3 hari hilang 2 kilogram, kira okaylah ‘kan’?

Tetapi bagaimana pengurangan berat badan ini boleh berlaku? Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Turun berat badan

Rendah kalori

Salah satu faktor yang mempengaruhi penurunan berat badan adalah mengekalkan keseimbangan tenaga. Ubi keledek merupakan satu sumber makanan yang rendah kandungan kalori.

Ubi yang seberat 130 gram mengandungi 112 kalori, bersamaan 477 kJ. Ini bermakna anda perlu mengambil lebih kalori untuk membantu membakar tenaga dengan lebih baik. Sebanyak 250 kandungan kalori yang anda perlukan bagi membantu proses pembakaran tenaga dan penurunan berat badan.

Ubi ini juga dikatakan sebagai satu makanan yang dapat mengurangkan rasa lapar. Jadi, sudah tentu ia dapat mengurangkan keinginan anda untuk makan apabila perut masih terasa kenyang, bukan?

Serat tinggi

Ubi keledek merupakan sejenis makanan yang tinggi kandungan serat dan semestinya kandungan serat yang tinggi dapat membantu mengurangkan berat badan. Ia akan menyebabkan anda berasa kenyang dan menghindari keinginan anda untuk makan secara berlebihan.

Ia juga merangkumi molekul-molekul lemak dan menghalang penyerapan lemak, menggalakkan pengerakan najis di dalam kolon, dan membantu pengeluaran bakteria usus yang baik. Oleh itu, ubi yang kaya dengan serat ini dapat membantu meningkatkan metabolisma, pencernaan dan perkumuhan. Ini sekali gus membantu proses penurunan berat badan.

Tinggi karbohidrat

Kandungan karbohidrat tidak boleh diabaikan sepenuhnya. Ia membekalkan anda dengan tenaga yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Untuk membakar kalori yang anda ambil, anda perlu mempunyai tenaga yang mencukupi yang membolehkan anda berjalan-jalan, menggunakan tangga dan bukannya lif serta melakukan senaman fizikal.

Kekurangan karbohidrat akan menyebabkan badan anda kurang tenaga bagi mengekalkan diri anda aktif dan sihat. Ubi seberat 328 gram mengandungi lebih kurang 58 karbohidrat dengan 8.2 gram adalah serat makanan karbohidrat kompleks.

Rendah GI

Indeks glisemik (GI) adalah nombor yang diberikan kepada makanan bergantung kepada tahap peningkatan glukosa dalam badan selepas pengambilan makanan. Jika makanan yang dimakan menyebabkan kenaikan gula dalam darah menjadi tinggi, ini bermakna ia mempunyai kandungan GI tinggi. Dalam erti kata lain, makanan itu jika diambil dalam kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kencing manis dan rintangan insulin.

Walaupun ubi keledek adalah sejenis makanan yang secara semula jadi manis, namun ia mempunyai kandungan indeks glisemik yang rendah. Dikatakan GI bagi ubi yang direbus adalah antara 44-61, untuk ubi dibakar adalah 94 dan bagi ubi dipanggang adalah sebanyak 82. Jadi anda boleh mengambil dan memakan ubi tanpa bimbang kenaikan paras gula dalam darah.

Walau bagaimanapun, cara penyediaan ubi ini turut memainkan peranan dalam peningkat paras GI. Bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan diabetes jenis 2, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar pemakanan terlebih dahulu sebelum sebarang pengambilan ubi dalam diet pemakanan anda.

Antioksidan

Ubi yang berwarna oren atau ungu menunjukkan kehadiran karotenoid – sebatian berasaskan tumbuhan yang ditukar kepada vitamin A dalam badan atau anthocyanin. Kedua-dua bahan fitokimia ini adalah bersifat antioksidan. Selain itu, ubi ini juga mengandungi sumber antioksidan lain seperti tembaga atau zink superoxide dismutase, catalase dan sporamins.

Kandungan antioksidan akan membantu melindungi badan anda dengan mencegah mutasi DNA yang berpunca daripada radikal berbahaya. Secara mudahnya, semakin kurang radikal berbahaya di dalam badan, semakin rendah tahap tekanan atau keradangan anda. Ini sekali gus dapat membantu mengurangkan berat badan anda.

Jadi, atas faktor-faktor yang dinyatakan di atas, semestinya ubi keledek adalah antara sumber diet baik jika anda mahu tampil lebih langsing. No more diet pills!

Pelan diet

Seperti yang diberitahu pada awal artikel ini, anda hanya perlu untuk mengamalkan diet ubi ini berterusan selama 3 hari untuk melihat berat badan anda berkurangan lebih kurang 2 kilogram. Jadi berikut adalah pelan diet ubi yang harus anda ikuti selama 3 hari yang akan membantu anda detoks, menghilangkan berat dan segalanya yang hebat dan baik untuk kesihatan.

Hari pertama

SarapanSebiji telur rebus, sebiji ubi yang direbus dan 1 cawan teh hijau

Makan tengah hariSebiji ubi yang direbus, 85 gram ikan atau ayam panggang dan 1 cawan yogurt

Makan malamSemangkuk sup ubi

Hari kedua

SarapanSebiji ubi yang direbus, 2 biji putih telur omelet dan secawan black coffee

Makan tengah hariSalad campuran cendawan, bayam dan ubi yang direbus dengan sos dan secawan buttermilk

Makan malamSebiji ubi yang direbus dicampur dengan brokoli bersama 85 gram ikan, ayam atau tauhu panggang

Hari ketiga

SarapanSebiji ubi yang direbus dicampur dengan 4 biji almond, secawan teh hijau dan sebiji pisang

Makan tengah hari – Sup ubi yang dimakan bersama sepotong roti gandum dan secawan yogurt

Makan malamUbi yang dilenyek bersama campuran kacang pea dan bunga kubis serta cendawan panggang

Ikuti pelan diet ubi keledek di atas selama 3 hari dan anda akan melihat perbezaan dalam sistem metabolisma serta pengurangan berat badan anda. Amat penting untuk mengambil makanan yang dimasak sendiri bagi mengelakkan sebarang kalori yang tersembunyi. Selamat mencuba!

Namun penting untuk diingatkan keperluan kalori harian adalah berbeza bagi setiap individu. Keadaan ini bergantung kepada beberapa faktor seperti aktiviti harian yang dilakukan, berat badan, keadaan kesihatan dan pelbagai faktor lain. Jadi pelan diet ini mungkin tidak sesuai untuk diamalkan oleh setiap individu. Sebaiknya dapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar pemakanan dan doktor terlebih dahulu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen