Alahai Emak Kahwinkan Aku... Macam Mana Nak Cakap Dekat Ibu Bapa Yang Anda Nak Kahwin?

Oleh: Zuzu Yasmine

Mak... nak Kahwin....

Siapa yang berani katakan ini kepada ibu bapa mereka? Tentu sahaja ramai yang malu nak katakan malah macam tak berani pun ada juga. Walaupun dia tahu ibu bapanya akan memberi keizinan akan tetapi nak mulakan topik perbualan mengenai perkahwinan dengan ibu bapa ini memang satu perkara yang agak kekok sebenarnya.


Namun begitu, kalau nak kahwin tentu sahaja anda perlu katakan ini. Kalau tidak macam mana majlis akan berlangsung malah macam mana pula nak selesaikan segalanya bukan. Jadi nak tak nak anda kenalah buat sesuatu kalau malu nak bagitu ibu bapa anda.

1. Rajin-rajin ke dapur.

Kalau orang perempuan ini mudah je nak bagi hint nak kahwin. Kalau anda ini susah nak ke dapur maka rajin-rajinlah ke dapur. Tolong apa yang patut, sikit-sikit mesti ibu anda perasan punya. Kalau dah selalu sangat ke dapur, kini tunjuk skill yang anda mampu menguruskan rumah dengan baik. Macam kemas rumah, sapu rumah serta memasak. Bijak uruskan masa dalam kerja rumah.

Kalau yang lelaki pula, tak salah pun kalau nak ke dapur juga. Sebab dah kahwin nanti kena tolong isteri, jadi sebelum kahwin ini kenalah tolong mak dulu. Mesti ibu bapa anda nampak perubahan anda.



2. Bawa calon datang ke rumah.

Paling senang sebenarnya akan perkara ini. Beritahu ibu bapa anda bahawa anda seseorang yang nak datang, malah katakan bahawa ia tetamu istimewa. Bawalah pasangan anda untuk berjumpa keluarga mertua mereka untuk kenal lebih rapat lagi. Bila rasa macam selesa je, tentu dapat green light punya. Baik lelaki atau perempuan boleh cuba ini. Itu pun kalau keluarga anda tak kenal lagi pasangan anda.

3. Suruh masuk minang seseorang.

Kalau yang lelaki, suruh ibu bapa anda masuk meminang pasangan anda. Berikan cincin yang telah anda beli untuk menyatakan hasrat hati anda. Buat yang perempuan pula, katakan ada orang yang ingin mersik dan meminang anda pada tarikh tertentu. Kalau malu pun, boleh cakap ada “orang datang bawa hajat”.



4. Yakinkan ibu bapa yang anda dah matang.

Selalunya ibu bapa ini tak nak lepaskan anak mereka sebab bimbang jika anda mereka ini tak mampu jadi suami atau isteri yang baik. Di mana, dia merasakan anak mereka ini masih belum mampu pikul tanggungjawab dan masih kecil lagi. Masa inilah anda perlu buktikan kepada ibu bapa anda bahawa anda ini sudah matang, dan layak untuk berkahwin.

5. “Mak, ayah... Nak kahwin!

Kalau susah-susah sangat, bagi tahu mak ayah anda yang anda nak kahwin. Tapi perlukan keberanian je. Biasanya ibu ayah anda akan faham, nak-nak lagi kalau selalu tengok anak mereka ini bersama seseorang. Sudah tentu dia mahu anda segera halalkan hubungan yang ada.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen