Sebelum Nak Capai Kebahagiaan Dalam Rumahtangga, Ada Beberapa Fasa Yang Suami Isteri Perlu Lalui... Semakin Berani Dia Berdepan Dengan Fasa Ini Maka, Mereka Makin Kenal The Real Love.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam angan dan fikiran sudah tentu ramai yang menganggap bahawa perkahwinan ini adalah satu yang membahagiakan dan penuh dengan kasih sayang. Akan tetapi, jika anda sudah melaluinya tentu sahaja anda tahu bagaimana struggle menempuhi alam ini.

Secara ringkasnya, nampak macam senang je nak lalui semua perkara dengan adanya pasangan di sisi, akan tetapi pasangan suami isteri sama-sama struggle nak tempuhi perkara ini sama-sama. Kalau salah seorang mengalah dengan cepat, tentu sahaja angan yang terbina sebelum kahwin dahulu boleh musnah.


Sebelum nak capai kebahagiaan yang sebenar, banyak fasa yang perlu dilalui dengan pasangan. Perkahwinan ini bukan satu fantasi yang selalu diangankan, akan tetapi realiti yang penuh dengan perkara yang tak dijangka.

Seperti yang dikongsikan oleh Zulfah Zulkifli ini, rupa-rupanya, dalam perkahwinana ada banyak fasa yang perlu setiap pasangan tempuhi.

Ia bersifat dynamic
Ia tidak static



Fasa pertama :

Saat awal kahwin banyak yang manis.
Rasa best..
Rasa happy..
Rasa seronok..
Fasa ini boleh lama sikit jika lambat dapat anak
Tapi mostly about 1-2 years

Lepas tu masuk fasa kedua:

Fasa magical thinking
Fasa idealistic,
fikir pasal impian,
Bayangkan bentuk keluarga yg nak dibina,
Rancang tentang haluan kerjaya..
Plan pasal pendidikan anak-anak,
dan plan macam macam lagi
Simpan impian nak jadi suami/ isteri terbaik..
etc etc etc dan pelbagai lagi

Tapi.. Impian yg dibina lebih bersifat idealistic berbanding realistic...
Dan yang lebih bersifat idealistic ramainya perempuan lah banding lelaki

Fasa ketiga ialah fasa power struggle

Fasa mula banyak bergaduh
Mula berselisih n berbeza pendapat
Dan bermula lah fasa kita semakin nampak perbezaan sesama suami-isteri.
Dalam pelbagai perkara
Cara suami lain
Cara isteri lain
Pendapat suami lain
Pendapat isteri lain
Kalau ada anak, mungkin berbeza style nak besar n didik anak-anak
Kalau pasal kerjaya mungkin berbeza dari segi pilihan laluan kerjaya.
Masing masing rasa nak menang atau nak ikut style atau pendapat sendiri
Fasa power struggle ni boleh jadi pencetus konflik bagi sesetengah pasangan

Fasa seterusnya ialah fasa break up

Saat ini mula masuk fasa konflik yang lebih serius.
Contoh kalau isteri tu dah lama bersabar dengan sesetengah sifat suami yang negatif...
Mungkin masa ni dah rasa tak boleh tahan dah
Begitu juga sebaliknya bagi pihak suami..
Jika asyik bersabar dengan karenah isteri..
Mungkin sampai satu tahap hilang rasa sabar

Fasa konflik tersebut berterusan dalam hubungan suami isteri hingga masuk fasa transition phase, dam suami-isteri akan semakin tahu kelemahan masing masing

Apa jadi lepas tu?
Bagi pasangan yang dah tak boleh cari jalan persefahaman, saat ini mereka akan berpisah "Break up"

Tetapi...
Bagi pasangan yang berusaha bersungguh-sungguh untuk improve hubungan mereka selepas fasa break up ni,

Mereka akan masuk fasa make up

Time ni kedua-dua pihak, suami dan isteri akan
Lebih banyak explore each other,
Try to make changes bit by bit
Cuba untuk improve their relationship

Ada pasangan yang boleh deal sesama mereka
Ada pasangan yg mungkin perlu bantuan dari org lain dalam fasa make up ni



Tetapi.... Yang bestnya,

Pasangan yang berjaya melalui fasa break up dan make up ni biasanya akan semakin rapat ...
selepas lalui fasa konflik atau badai ni..
Go through fasa break up
Go through fasa make up ...
dan berjaya capai persefahaman yg baru, akan masuk fasa re-romanticizing phase,

Masa ni relationship rasa more meaningful..
And sebenarnya time tulah baru betul-betul boleh kata true love.

Iaitu..
The real love
Masih sayang each other selepas dah tahu keburukan dan kelemahan each other..
Menerima pasangan sebagai diri mereka sendiri. " reality "

Bukan lagi bersifat "idealistic"..
Atau mengimpikan sesuatu yang bukan real pada pasangan masing masing..
Bagi yang tengah melalui fasa konflik atau fasa yang selalu fikir pasal nak cerai, " break up phase"...
Cubalah cari jalan untuk masuk make up stage..

Cuba cuba cuba usaha
Inshaa Allah nanti Allah tunjuk jalan
Kadang kadang Allah beri kesusahan di pertengahan perkahwinan...
Sebenarnya Allah nak beri rasa yang lebih manis selepas kesusahan itu..



P.s:
Komunikasi dan hubungan ni ialah 2 point berbeza

Ada orang mungkin dapat berkomunikasi dengan baik tapi still hubungan hati tidak rapat dan erat

Ada org mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan baik tapi ada hubungan hati yang kuat.

❤❤❤❤❤❤❤❤

Elakkan untuk berada dalam comfort zone about our relationship dengan spouse, sebab apabila rasa selesa kita akan mula pandang remeh little things n so stop finding ways to improve the relationship.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen