Nak Buat Bridal Shower Tapi Tak Nak Membazir Banyak Sangat, Ini Tips Yang Boleh Anda Ikut.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dah jadi satu trend sebelum berkahwin adakan majlis bridal shower bersama rakan-rakan. Bila tahu kawan-kawan nak kahwin, tentu anda ingin habiskan masa bersamanya sebelum dia bergelar suami atau isteri. Mana tidaknya, selepas berkahwin nanti belum tentu lagi yang dia akan mempunyai masa untuk bersama dengan rakan-rakannya selepas kahwin.


Akan tetapi, ada juga yang bakal pengantin sendiri yang akan melakukan bridal shower buat majlis perkahwinannya yang bakal tiba. Ini kerana, anda mahu habiskan saat-saat akhir sebelum berkahwin, kerana selepas ini mana tahu anda tiada masa untuk semua ini lagi.

Tak kiralah, rakan atau anda sendiri yang ingin lakukan akan tetapi majlis ini tentu sahaja akan memakan modal sedikit. Jadi macam mana nak laksanakan dengan bajet yang mencukupi dan tidak membazir.

1. Jangan gunakan khidmat pihak tertentu.

Biasanya bila anda gunakan khidmat tertentu macam wedding planner ke, atau apa-apa pun tentu sahaja akan menggunakan sejumlah wang yang besar. Mana tidaknya, segalanya menggunakan tenaga kerja orang tertentu, pasti harganya lebih mahal. Ini kerana, khidmat tenaga mereka malah kreativiti mereka akan diambil kira. Jadi lebih baik kalau anda lakukan sendiri bersama rakan-rakan anda. Kalau anda bakal pengantin, lebih baik anda buat sendiri dan jemput rakan-rakan anda bersama dengan anda.



2. Lokasi yang sesuai.

Ada orang pilih restoran sebagai tempat birdal shower, ada juga yang memilih hotel mahupun tepi pantai. Semuanya bergantung kepada anda dan bagaimana tema yang anda mahu lakukan. Bagi pendapat sendiri sebenarnya lebih seronok kalau dibuat di bilik hotel bersama rakan-rakan anda. Ini kerana, anda boleh menghabiskan satu malam bersama mereka berserta tukar-tukar cerita, tentu seronok bukan.

3. Hiasan.

Bila dah pilih nak buat semuanya sendiri, tentu sahaja akan membuatkan anda bingung hiasan yang macam mana nak buat. Dari pening-pening kepala nak pilih dan macam mana nak buat. Adalah lebih baik kalau anda pergi ke Kaison, ECO, Daiso dan DIY untuk melihat hiasan yang sesuai. Selalunya mereka ada sediakan hiasan yang bersesuaian. Pilih yang paling ringkas dan menjimatkan. Bukannya bakal pengantin akan pandang sangat hiasan itu.



4. Snek yang unik.

Kalau guna khidmat seseorang tentu sahaja sudah tersedia pelbagai jenis snek. Akan tetapi kalau buat sendiri anda kena bijak. Kalau susah sangat macam malas nak buat sendiri, anda boleh sahaja gunakan pizza, makanan ringan, fast food dan yang mudah-mudah serta menjimatkan bagi anda.

5. Hadiah atau acara yang menarik.

Nak jadikan majlis ini lebih meriah tentu sahaja perlukan aktiviti di dalamnya. Boleh sahaja anda lakukan aktiviti menonton filem, sesi luah perasaan, menulis surat buat bakal pengantin dan macam-macam lagi. Kalau buat perkara-perkara seperti ini tentu tak perlukan modal yang banyak bukan.

6. Tema pakaian yang dimahukan.

Nak kelihatan lebih meriah tentu sahaja ada kod pakaian yang sesuai. Selalunya pilih yang mudah-mudah sahaja macam baju tidur, akan tetapi kalau anda nak lagi jimat tanpa beli cuba untuk letakkan tema warna kepada semua rakan-rakan anda. Tentu sahaja ia akan kelihatan menarik malah cantik untuk dilihat digambar.

Mudah bukan nak birdal shower yang seronok.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen