Amalkan Doa Ini Untuk Lindungi Hati Dari Cemburu Berlebihan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa sahaja tentu sahaja mempunyai perasaan cemburu. Perasaan cemburu ini lebih bergantung kepada mereka yang berkasih sayang kerana, perasaan takut kehilangan ini membuatkan perasaan ini menjadi semakin tinggi. Itu yang ada orang kata cemburu buta dekat pasangan mereka.

Cemburu itu perlu, akan tetapi perlulah berpatutan dan jangan sesekali merasakan cemburu ini bagus untuk hubungan. Ini kerana, apabila cemburu itu terlalu menguasai hati anda akan mula hilang kepercayaan terhadap pasangan. Malah hubungan akan menjadi semakin rumit, tentu sahaja bukan ini yang anda mahukan.


Kerana, kecemburuan yang berlebihan boleh menyebabkan kesan negatif, terutama perasaan buruk. Bukan perasaan buruk yang mencetuskan pergaduhan di rumah sahaja, bahkan menyebabkan perceraian.



Jika cemburu berlebihan melanda hati anda, maka segeralah beristighfar dan bacalah doa ini. Semua ia membuang segala perasaan negatif dari hati anda.

Bismillah, Allahumma daawini bidawaaika, wasyfini bisyifaaika, wa aghnini bifadhlika 'amman siwaaka, wahdzar' anni aadzaka

Makna:

"Dengan nama Allah, wahai Tuhan, sembuhkanlah aku dengan pengorbananmu, dan sembuhlah aku dengan kesembuhanmu. Cukuplah aku dengan kasih karuniamu, supaya aku tidak meminta kepada-Mu, dan selamatkan aku dari penyakitmu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen