Bila Bercakap Pasal Kahwin, Belum Tentu Itu Tanda Dia Serius Dengan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesetengah orang beranggapan bahawa, apabila topik perkahwinan menjadi satu perbualan, itu menandakan bahawa seseorang itu telah mempunyai niat untuk berkahwin. Malah kalau dalam satu perhubungan tentu anda akan teruja bila topik ini menjadi perbicaraan bukan?


Jangan cepat sangat teruja dengan topik perbualan ini. Ini kerana, seseorang yang mengutarakan topik perbualan ini kadang kala bukannya serius untuk berkahwin. Malah, mungkin dia sebenarnya sekadar mahu berbincang sahaja akan topik ini.

Selalunya, wanita akan mudah teruja apabila lelaki mulakan topik perbualan ini dengan dirinya. Bagi dirinya, lelaki itu tentu sahaja mempunyai niat untuk berkahwin dengan dirinya ataupun ingin menjalinkan satu hubungan yang serius. Akan tetapi ini semuanya belum tentu, kerana...

1. Boleh jadi ia sekadar ingin menukar pandangan.

Sesetengah orang biasanya hanya ingin bertukar topik ataupun bertukar pandangan sahaja. Mana tidaknya, bagi mereka topik perkahwinan ini adalah satu topik yang hangat antara lelaki dan wanita, malah tentu sahaja setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza akan topik ini. Jadi tak salah kalau dirinya nak jadikan topik ini sekadar perbualan sahaja.



2. Mungkin nak kahwin tapi bukan anda.

Boleh jadi dia berkongsi topik ini dengan anda dengan mempunyai niat untuk berkahwin. Akan tetapi boleh jadi dia akan berkahwin tetapi bukan dengan anda. Mana tidaknya, sekadar topik sahaja tak akan menjadi satu kesungguhan atau tanda bahawa seseorang itu ingin berkahwin dengan diri anda. Jadi cuba untuk bertenang dulu okay!

3. Saja jadikan topik perbualan.

Bila dah tak ada topik nak berbual, maka topik ini akan diambil sebagai bahan pada hari itu. Mana tidaknya, antara lelaki dan perempuan tentu sahaja tak semua topik sesuai untuk dibualkan, maka dengan itu mengambil topik ini lebih mudah untuk mengeratkan hubungan. Siapa tahu bukan.



4. Saja nak uji anda.

Dia sebenarnya nak kahwin dengan anda, akan tetapi tidak mahu nampak bahawa dia mahukan anda. Maka dengan itu, dia gunakan topik perkahwinan ini sebagai salah satu perbualan. Sedangkan dia ingin tahu adakah anda serius untuk berkahwin ataupun apa niat anda terhadap perkahwinan. Biasanya mereka ini nak anda tetapi malu nak suarakan isi hatinya.

Namun begitu, jangan terlalu teruja apabila anda berbual mengenai perkahwinan ini. Boleh jadi dia nak atau tidak dengan diri anda. Cuba untuk bertenang dulu, jangan serkap jarang. Nanti diri sendiri yang malu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen