Dalam Hubungan, Kalau Letak Harapan Yang Terlalu Tinggi Pun Tak Guna Kalau Akhirnya Sakitkan Hati Sendiri. Lebih Baik Nikmati Sahaja Dari Pening Kepala.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila terlibat dalam satu hubungan ini, tentu ramai yang akan meletakkan pelbagai harapan dalam hubungan tersebut. Mana tidaknya, apabila melangkah ke dalam hubungan, ramai yang sudah membayangkan dan menginginkan sesuatu walaupun ia bukanlah satu perkara yang pasti.

Dalam hubungan ini, jangan meletakkan satu harapan yang tinggi menggunungg. Semakin tinggi harapan yang anda letakkan dalam hubungan, ia akan menipiskan lagi penghasilan hubungan anda. Ini kerana, apabila anda terlalu berharap ia akan membuatkan anda berkerja keras.


Bukan tak boleh nak berharap, boleh je tapi sikit-sikit cukuplah. Jangan letakkan harapan yang seperti ini.

1. Berharap bahawa hubungan anda yang paling bahagia.

Berjuang untuk kebahagiaan itu adalah satu perkara yang sulit. Ini kerana anda tak tahu apa ujian dan konflik yang akan berlaku dalam hubungan anda. Jadi jika anda berharap bahawa anda yang paling bahagia dan sentiasa bahagia, tentu sahaja ia akan membuatkan hubungan makin rumit kerana kerja keras anda itu.



2. Berjarap miliki pasangan yang sempurna.

Sesiapa sahaja tentu akan berharap mengenai pasangan seperti ini. Akan tetapi sebagai manusia, mana ada seorang yang sempurna. Anda seharusnya menjadi seorang yang menerima baik buruknya pasangan anda. Jangan mencari yang sempurna tetapi sempurnakan pasangan anda.

3. Berharap hubungan seperti kisah dongeng.

Setiap kisah dongeng tentu sahaja akan berakhir dengan kebahagiaan walau apa pun cabaran yang datang menduga hubungan. Akan tetapi itu adalah cerita yang direka oleh manusia yang sukakan kebahagiaan. Tetapi hubungan anda ini adalah realiti, di mana anda tak akan tahu penghujung hubungan anda. Bersama atau sebaliknya.



4. Berharap pasangan mengutamakan anda.

Setiap orang mempunyai hidupnya sendiri. Jika sebelum kahwin, tentu sahaja keluarga serta hidupnya adalah lebih penting. Akan tetapi selepas berkahwin, tentu sahaja pasangannya jadi keutamaan dirinya. Jadi biarkan masa yang menentukan siapa yang akan menjadi orang penting dalam hidup pasangan anda.

5. Berharap pasangan memahami.

Siapa sahaja yang tak mahu pasangan yang memahami. Setiap salah faham tak perlu dijelaskan kerana pasangan anda mampu memahami anda dengan baik malah membaca fikiran anda. Akan tetapi, ada ke pasangan yang seperti anda inginkan ini?

6. Pasangan yang tidak akan menyakiti anda.

Sebagai seorang manusia biasa, tentu sahaja sesiapa pun tak akan lari dari melakukan salah. Bukannya hubungan itu akan menyakiti namun, sedikit sebanyak konflik yang datang itu pasti akan melukakan hati anda. Jadi buat apa berharap kalau lebih baik anda memilih untuk bersedia berdepan dengan perkara itu.

Meletakkan satu harapan yang tinggi dalam hubungan sebenarnya akan melukakan hati anda sendiri sahaja. Daripada anda berharap, adalah lebih baik kalau anda nikmati sahaja hubungan anda itu daripada sibuk berharap pada perkara yang tak pasti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen