7 Tanda Awal Isteri Derhaka, Semoga Dijauhkan Dari Kita Semua.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wahai isteri-isteri dan bakal isteri,

Nabi pesan, TAATLAH kamu kepada suamimu.

Selagi mana perbuatan, permintaan dan suruhannya tidak melanggari hukum syarak WAJIB kamu ikut.

Pernah satu ketika Rasulullah didatangi oleh seorang wanita dan bertanya "Ya Rasulullah, apa hak suamiku terhadapku?"

Rasulullah menjawab

"Seandainya suamimu ada penyakit, badannya penuh kudis dan nanah, dan kamu jilat semua nanah dan kudis suamimu itu, masih belum selesai hak suamimu "

Dan diriwayatkan juga pada satu ketika Rasulullah dan sahabat berhenti untuk berehat di suatu tempat, tiba-tiba datang seekor unta liar dan bersujud kepada baginda, lalu sahabat bertanya.

"Ya Rasulullah, begitu besar rahmatmu sehingga binatang pun bersujud kepadamu, jika diizinkan kami juga mahu bersujud kepadamu"

Rasulullah menjwb. "Allah tidak menbenarkan manusia bersujud kepada manusia, jika Allah izin akan aku perintahkan isteri bersujud kepada suaminya."


Ramai sekarang ini cepat sangat melenting bila suami tak beri nafkah yang cukup, bila suami selalu pulang lewat malah bila mana suami tak menjadi seperti suami yang diinginkan. Jangan hanya melihat salah suami sahaja, cuba sebagai isteri kadang kala lihat pula salah anda sebagai seorang isteri.



Sebagai seorang isteri, anda patutnya lebih bersyukur dengan apa yang diberikan oleh suami anda. Mungkin, dia tak mampu nak beri yang lebih macam suami-suami yang lain. Akan tetapi selagi dia masih melaksanakan tanggungjawab dengan betul maka sabarlah dengan ujian itu.

Ada isteri yang tak sedar bahawa perbuatan-perbuatan yang dianggap betul itu merupakan antara tanda-tanda awal isteri derhaka. Tapi banyak yang isteri tak sedar akan perkara itu. Berikut adalah 7 tanda-tanda awal;

1. Menghina atau mengumpat suami.

2. Menceritakan kelemahan atau kekurangan suami pada orang lain.

3. Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami.

4. Isteri mendoakan kecelakaan buat suami.

5. Membenci kegemaran suami.

6. Membuat suami tertekan.

7. Mengungkit janji-janji suami.

Sebagai seorang isteri, anda seharusnya lebih sabar akan kerenah suami anda sendiri. Kerana kesabaran anda itu adalah kunci kekuatan rumahtangga yang terbina.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen